Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

6 Sekeluarga Diami Rumah...

ALOR SETAR - Tidur beralaskan tikar getah,berbumbungkan atap bocor sudah menjadi perkara biasa...

Wartawan Wanita Ditampar Ketika...

RAKAMAN video yang dimuat naik menerusi sebuah laman Facebook memaparkan kejadian mengejutkan apabila...

Kesan Terbakar, Koyakan Pada...

KUALA TERENGGANU - Kesan terbakar dan koyakan pada kulit kepala hingga menampakkan tulang...

Chong Wei Enggan Pandang...

KUCHING - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran utama,...

Banjir: 190 Penduduk Di Sekitar Simpang Renggam Dipindahkan

JOHOR BAHARU – Seramai 190 orang daripada 40 keluarga di lapan buah kampung sekitar Simpang Renggam, dekat Kluang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan akibat banjir.

Pegawai Daerah Kluang Muhamad Fuad Radzuan berkata kesemua mangsa terbabit mula dipindahkan secara berperingkat sejak petang semalam selepas rumah mereka dinaiki air.

“Sehingga 12 tengah hari ini, kesemua yang terlibat adalah penduduk dari Kampung Sri Ampangan, Kampung Pisang, Kampung Haji Noor, Kampung Sungai Rambai, Kampung Parit Jepun, Kampung Paya Mas, Kampung Paya Palembang dan Kampung Kolam Air,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Muhamad Fuad berkata pemindahan pertama dilakukan pada 7 petang semalam yang melibatkan enam sekeluarga di Kampung Pisang dan mereka dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Sri Kencana.

Beliau berkata banjir tersebut berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama tiga jam mulai 3 petang semalam selain parit di ladang dan kebun yang melimpah kerana tidak dapat menampung kenaikan paras air.

Katanya paras air Sungai Benut pula mencatatkan paras bahaya iaitu 5.97 meter ketika banjir tersebut berlaku.


Menurut Muhamad Fuad, pemindahan kedua pula dilakukan pada 10.30 malam tadi dengan melibatkan 20 orang daripada lima keluarga di empat buah kampung.

“Bantuan segera telah disalurkan kepada mangsa-mangsa terlibat melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Sehingga 12 tengah hari ini juga, bacaan paras air di Sungai Benut menunjukkan paras bahaya iaitu 6.52 meter manakala Empangan Machap berstatus berjaga-jaga iaitu 16.83 meter, katanya.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan banjir boleh melaporkannya ke Bilik Gerakan Pengurusan Bencana Daerah Kluang di talian 07-7711305 atau fax di talian 07-7744770. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori