Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Beradik Rentung Dalam...

KOTA KINABALU - Dua beradik perempuan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah mereka...

Anggota TLDM Tak Boleh...

LUMUT - Anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) diingatkan supaya tidak terlibat...

Kerajaan Fail Mohon Sita...

SHAH ALAM - Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memfailkan dua saman pelucuthakan...

Hina Mufti: PM Buat...

BIADAB... Ketika umat Islam beberapa hari lalu sibuk ibadah raih keberkatan lailatul qadar,...

Bangla ‘Gila Seks’ Ditahan

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja perempuan menjadi mangsa serangan seksual lelaki warga Bangladesh dalam sebuah pasar raya di Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.45 malam ketika mangsa berusia 14 tahun berada di pasar raya berkenaan bersama keluarganya sebelum dihampiri suspek.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, suspek dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menggesel kemaluannya di punggung mangsa.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek bertindak melarikan diri namun suspek mengekori mangsa dan melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sekali lagi.

“Tindakan tidak bermoral suspek itu disedari bapa mangsa yang berada berhampiran tempat kejadian sebelum lelaki terbabit segera ke arah anaknya.


“Suspek yang menyedari kehadiran bapa mangsa cuba melarikan diri namun gagal sebelum dia berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Susulan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada hari sama kerana tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bermoral suspek.

“Suspek berusia 29 tahun dan bekerja sebagai tukang cuci kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. – BH Online

Kategori