Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Guru Bertugas Luar Kawasan,...

PUTRAJAYA – Pemberitahuan untuk ‘merehatkan’ murid atas alasan guru bertugas di luar kawasan...

Peluang Untuk Saya Bersihkan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan 25...

Yasin Diarah Rujuk Ke...

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, mengarahkan penyanyi nasyid dan...

Masyarakat Hindu Sambut Deepavali...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia beragama Hindu hari ini menyambut Deepavali dalam suasana...

Banduan Rompak Rantai Emas, Loket RM40,000

MELAKA – Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara enam bulan atas kesalahan mencuri, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas pertuduhan merompak barang kemas seorang suri rumah Ogos lepas.

Nooraizul Adhha Yahya, 28, didakwa merompak dan melarikan seutas rantai leher emas bersama loket milik M. Uma Sundari, 58, bernilai RM40,000 di Jalan Kampung Kuli menuju ke Jalan Hang Kasturi di sini, pada 3.10 petang, 19 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda serta sebat jika sabit kesalahan.

Hakim Norma Ismail tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Jan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Nooraizul Adhha kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor sejak 25 Ogos lepas atas kesalahan mencuri mengikut Seksyen 379A/511 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori