Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selat Melaka Kini Aman...

PELABUHAN KLANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata atas usaha gigih Agensi...

Penjualan Ladang TH Plantations...

KUALA LUMPUR - Penjualan ladang THP-YT Plantation Sdn Bhd, anak syarikat TH Plantation...

Misteri Rumah Suu Kyi...

YANGON - Rumah pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi semalam dibaling bom petrol...

Teruskan Perjuangan Walaupun Sedang...

PEKAN - Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut semua anggota...

Balotelli Bebas Daripada Dakwaan Ancam Wanita

LONDON – Penyerang Liverpool, Mario Balotelli tidak akan berdepan tindakan undang-undang mengenai laporan bahawa dia mengancam seorang wanita yang merakamkan gambar kereta Ferrari milik pemain itu, menurut polis, hari ini.

Polis Greater Manchester dipanggil untuk menyiasat Khamis lalu membabitkan tingkah laku garang pemain skuad kebangsaan Itali berusia 24 tahun yang difahamkan melawat ibunya ketika itu.

Namun, selepas menyoal siasat wanita yang membuat panggilan itu, polis mendapati tidak ada sebab untuk membuat penyiasatan

“Pegawai polis sudah menyoal wanita yang membuat aduan itu dan tiada kesalahan jenayah dinyatakan dan tiada jenayah dirakamkan. Tiada sebarang tindakan akan diambil.”

Balotelli mengalami permulaan sukar di Liverpool sejak berpindah dari AC Milan dan hanya menjaringkan satu gol sahaja daripada 11 kemunculan pertama. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori