Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Premis Di Pahang Gagal...

KUANTAN - Pemilik premis di Pahang yang engkar dengan arahan kerajaan negeri supaya...

PAFA Kekalkan Jersi Al-Ihsan...

IPOH - Skuad bola sepak Perak mengekalkan jenama Al-Ikhsan buat tahun keempat berturut-turut...

Petrol RON97 Turun Lagi...

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter...

Video: Ibu Bapa Bercerai,...

ALAHAI... baru sahaja berusia 6 tahun tapi dan pandai serta petah berkata-kata, lebih-lebih...

Bakal Pengantin Lari Separuh Bogel Semata Nak Curi Gaun Kahwin

Mungkin kedengaran pelik, namun seorang bakal pengantin disyaki berpakat bersama pengapitnya mencuri beberapa helai gaun pengantin dan gaun bagi para pengapitnya.

Kejadian curi yang dirancang rapi oleh bakal pengantin dan pengapitnya ini dilaporkan berlaku di sebuah butik pengantin di Croatia.

Menurut pemilik butik tersebut, Danijela Jelencic, pada awalnya dia menyangka pelanggannya itu ingin mengadakan satu majlis perkahwinan yang besar namun perkara sebaliknya berlaku.

Ketika kejadian, bakal pengantin dikatakan berpura-pura sedang mencuba dan menyalin beberapa baju ditemani seorang pengapit yang memegang beberapa gaun pengantin.

Tiba-tiba, pengapit terbabit bertindak melarikan diri bersama-sama gaun dipegangnya menuju ke sebuah kereta BMW yang sudah menunggu, diikuti bakal pengantin yang kelam kabut dalam keadaan separuh bogel.


Pemilik dan pekerja dikatakan tidak sempat berbuat apa-apa dan tergamam melihat kejadian ini.

Susulan itu pihak berkuasa Croatia sedang melakukan pemeriksaan di semua majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada waktu terdekat bagi mencari suspek yang mungkin akan memakai gaun dari butik pengantin yang dicuri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori