Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jemaah Haji Malaysia Bergerak...

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menyertai...

Vida Rugi RM100K Barang...

IPOH - Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila...

Sukan SEA: Malaysia Tutup...

KONTINJEN Sukan Sea Malaysia berjaya meraih 62 pingat emas pada hari penutup temasya...

Video: Sakan Berjoget Di...

SAMBUTAN Tahun Baharu 2018 diraikan secara berbeza kali ini, apabila detik 12 tengah...

Bakal Ibu Maut Bersama Kandungan Kembar

Jempol – Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan maut selepas kereta dipandunya terbabas di jalan besar FELDA Palong 14,15 dan 16, dekat sini, jam 5.55 petang semalam.

Difahamkan ketika kejadian mangsa Siti Nurnazira Amran, 23, dari FELDA Palong 13, yang mengandung anak kembar dua dalam perjalanan pulang dari pekan Bahau ke rumah selepas membeli barang keperluan untuk perkahwinan abang kandungnya bulan depan.

Ketika tiba di tempat kejadian, kereta Proton Wira dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Menurut sumber, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Palong 9 (KKP9), akibat kecederaan parah di badan dan kandungannya juga gagal diselamatkan.


Begitupun, kata sumber anak lelaki mangsa berusia sembilan bulan dan bakal kakak iparnya yang turut berada di dalam kereta hanya cedera ringan.

“Mayat Siti Nurnazira dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala dua mangsa lagi dirawat sebagai pesakit luar di KKP9.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan kejadian dan punca nahas sedang disiasat. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori