Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wow! Belajar Ngaji Dalam...

PERNAHKAH anda terbayang akan mengikuti kelas mengaji Al-Quran di dalam jet peribadi serba...

Kempen DAP Berbaur Perkauman...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendakwa Pakatan Harapan tewas dalam Pilihan...

Cucu Tak Setuju Mahathir...

CUCU Dr. Mahathir Mohamad mengaku tidak gembira apabila datuknya mahu menjadi perdana menteri...

Negeri Sembilan Mungkin Bubar...

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan melihat sama ada pembubaran Dewan...

Bajet Pembangunan Kemas RM35 Juta Tahun Ini

PUTRAJAYA – Bajet pembangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi 2018 meningkat kepada RM35 juta berbanding RM17 juta pada 2017.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM22 juta adalah peruntukan bagi pendidikan kemahiran yang memfokuskan kepada pelaksanaan naik taraf kelas dan pelbagai program, bengkel keibubapaan, pendidikan kesejahteraan keluarga dan program Kemas 4U.

“Pembangunan komuniti memperoleh RM2.1 juta yang memfokuskan kepada program ibadah, mesra rakyat dan k-komuniti,” kata Kemas dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan pada majlis tertutup Apreasiasi Kemas 2018 yang dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.


Sehingga kini, terdapat 11,206 kelas tabika Kemas yang dihadiri 209,141 kanak-kanak di seluruh negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KEMAS

Kategori