Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Lagu Jiwang Gay...

Lagu ini sebenarnya tak asing lagi dalam kalangan komuniti LGBT yang berkongsikannya di...

Tweetdeck, Twitter ‘Down’ Satu...

KUALA LUMPUR - Aplikasi papan pemuka Twitter, TweetDeck, bermasalah.Menurut Otage.Report, laman itu dilaporkan...

PM Nyata Komitmen Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti...

Mesin ATM Di Jepun...

SEKIRANYA melancong ke luar negara, sebaiknya pastikan bawa wang yang cukup untuk perbelanjaan.Ini...

Badan Bebas Dilantik Nilai Keadaan LPT2 – Fadillah Yusof

PUTRAJAYA – Satu badan penilai bebas sudah dilantik untuk membuat penilaian keadaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang laporan awalnya dijangka siap minggu depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah untuk melantik badan penilai bebas tersebut bagi menilai semula permukaan lebuh raya itu sama ada ia mematuhi kadar kelicinan yang ditetapkan.

“Badan itu juga akan mengaudit tahap keselamatan berhubung belokan dan permukaan lebuh raya yang mungkin tidak rata.

“Ia juga akan membuat profil jalan sama ada berlaku mendapan yang menyebabkan jalan tidak rata yang boleh mendedahkan bahaya kepada pengguna jalan raya, katanya kepada pemberita pada Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan 2015 di sini hari ini.

Beliau berkata sebaik mendapat laporan awal, langkah mitigasi termasuk menurap semula jalan atau memperbaiki lencongan akan diambil dengan segera.

Fadillah diminta mengulas mengenai keadaan LPT2 yang banyak merekod jumlah kemalangan yang mengorbankan nyawa.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, LPT2 sejauh 184 kilometer itu dari Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Nerus mencatat 1,989 kes kemalangan dan meragut 85 nyawa sejak beroperasi pada Januari 2011.

Sementara pada Rabu lepas, enam sekeluarga yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan maut dalam kemalangan di lebuh raya berkenaan dan seorang penunggang motosikal pula maut semalam.


Fadillah menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan dan had kelajuan yang ditetapkan ketika mengguna laluan itu.

“Kalau mengikut segala garis panduan dan tatacara pemanduan berhemah, Insya-Allah semua akan selamat di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR juga diarahkan supaya menempatkan lebih banyak papan tanda amaran di lokasi berisiko berlaku kemalangan.

“Ini adalah tindakan segera yang diambil bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya berkenaan,” kata Fadillah.

Beliau berkata punca kemalangan di kebanyakan lebuh raya dalam negara adalah berpunca daripada kecuaian manusia, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik dan keadaan jalan yang tidak selamat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori