Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Edinson Cavani Dibuang Padang...

PENYERANG Paris St Germain (PSG), Edinson Cavani dilayangkan kad merah selepas memperagakan aksi...

“Terima Kasih Kerana Undi...

SYUKUR... Ramli Mohd. Nor yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands...

Tahniah, Elfira Loy Tamat...

JANGKA hayat seseorang selebriti dalam bidang seni tidak dapat diduga. Kalau dah tiada permintaan...

Al-Sultan Abdullah Sedang Jalani...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani...

Azizulhasni Teruja Beraksi Pada ACC 2018

KUALA LUMPUR – Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang teruja untuk memulakan saingan pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2018 yang akan membuka tirai pada 16 hingga 20 Feb, walaupun bakal berdepan cabaran sengit daripada pelumba terkemuka dunia.

Antara pelumba handalan bakal membuat penampilan di Velodrom Nasional di Nilai itu adalah Im Chaebin dari Korea Selatan serta dua pelumba Jepun, Kanazuri Watanabe dan Tomoyuki Kawabata.

Azizulhasni, 30, berkata saingan ACC kali ini merupakan sebahagian daripada persediaannya untuk menghadapi cabaran di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

“Ia juga merupakan perlumbaan bagi menguji prestasi saya sebelum beraksi di Kejohanan Dunia di Belanda akhir bulan ini. Kehadiran pelumba terbaik dunia di sini, lebih mudah untuk ukur kemampuan saya dan melakukan penambahbaikan.

“Kita tidak boleh ambil mudah kehadiran pelumba Jepun dan Korea Selatan kerana mereka sendiri sedang dalam persediaan untuk Sukan Olimpik 2020,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media pengumuman filem biopik Azizulhasni Awang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai cabaran bakal ditampilkan pelumba Jepun dan Korea Selatan, Azizulhasni berkata kedua-dua pasukan Asia itu dilihat komited dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2020 dengan melantik jurulatih serta staf sukan luar negara.


Dalam pada itu, Azizulhasni berkata tidak timbul isu takut mahupun tertekan dengan kehadiran pelumba handalan dunia pada kejohanan itu, berikutan prestasinya yang sentiasa ada peningkatan.

Katanya, beliau akan lakukan yang terbaik bagi merangkul gelaran juara Asia dalam acara pecut, namun sasaran utamanya adalah bagi acara keirin dengan memastikan mampu mempertahankan gelaran dunia pada kejohanan akan datang. – BERNAMA

Kategori