Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Adam Shahz Tertekan Dituduh...

BARU tiga bulan bercerai dengan bekas isterinya iaitu pelakon Fatin Afeefa, aktor Adam...

PIS Sahkan Penuntut Wanitanya...

JOHOR BAHARU -- Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut...

Tiada Larangan Sepenuhnya Dagangan...

KUALA LUMPUR - Oleh kerana Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka, kerajaan tidak boleh...

Tidak Tolak Jodoh Dengan...

LAHAD DATU - Jika ada jodoh, Mohd Zulkifli Jefri, 54, iaitu rakyat Malaysia...

AWAS: 251,198 Saman Dalam Tempoh 5 Bulan

PUTRAJAYA – Sebanyak 251,193 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dalam tempoh kira-kira lima bulan, iaitu sejak 15 April lepas hingga semalam.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddin Khalid berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 229,319 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju, manakala 21,874 saman melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat.

Bagaimanapun sehingga kini, hanya 29,957 saman individu dan 5,735 saman syarikat yang telah dijelaskan berjumlah RM5.3 juta berbanding RM37 juta yang sepatutnya dikutip, katanya.

“Sebenarnya kita tidak melihat kepada jumlah saman yang dibayar semata-mata, kita bertindak tegas bagi memastikan pemandu-pemandu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

“Kita letak kamera untuk mendidik mereka supaya tidak memandu melebihi had laju. Sebab itu beberapa meter sebelum kamera ada papan tanda ‘kamera di hadapan’ tetapi ramai tidak suka,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Shaharudin berkata JPJ masih memberi tempoh kepada pesalah jalan raya terbabit untuk membayar saman mereka atau dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh tiga bulan selepas saman dikeluarkan.

JPJ memberikan diskaun sebanyak 50 peratus daripada jumlah RM300 yang sepatutnya dibayar, namun jika pesalah masih tidak membayar dalam tempoh enam bulan, JPJ akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan mahkamah, katanya.

Dalam pada itu, Shaharudin berkata JPJ telah menjalankan Ops Tutup 2017 selama tujuh hari dari 2 Okt lepas terhadap kenderaan berat khususnya lori, melibatkan pemeriksaan terhadap 15,405 kenderaan.


Daripada jumlah itu, katanya sebanyak 8,371 kesalahan telah dikesan dan sebanyak 5,594 saman telah dikeluarkan, dengan kesalahan paling banyak ialah membawa muatan berlebihan (25 peratus) dan tiada lesen memandu atau lesen memandu kenderaan barangan (GDL) atau lesen tamat tempoh (24.8 peratus).

“JPJ menggesa pengusaha-pengusaha lori untuk mengambil perhatian dan bertanggung jawab terhadap pemandu-pemandu di bawah seliaan mereka agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan,” katanya.

Shaharudin berkata JPJ juga akan melancarkan Ops Sisih 1 dan 2 pada November dan Disember ini bagi memastikan semua pemandu bas ekspres bebas daripada kesalahan lalu lintas dan tidak mempunyai saman tertunggak.

Menurutnya, operasi tersebut akan diadakan di semua negeri sebagai langkah awal bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain terutamanya menjelang musim cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina pada awal tahun depan.

Sementara itu, katanya JPJ telah membuka tender tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) bermula hari ini sehingga 12 tengah hari 23 Okt ini, manakala keputusan akan dikeluaran pada 6 Nov. – BERNAMA

Kategori