Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Syarikat Pemaju Didenda RM12,000...

PASIR MAS –Sebuah syarikat pemaju didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas selepas...

Pertikaian Ola Bola Tidak...

TAPAH - Pertikaian antara bekas pemain bola sepak kebangsaan dengan syarikat produksi filem...

Hubungan Zizan & Mira...

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Zizan Razak menegaskan dia tidak mempunyai sebarang...

Harga Minyak Cipta Sejarah...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar sudah ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Audit Forensik Perlu Dilaksanakan Ke Atas MAPS

IPOH – Audit Forensik perlu dilaksanakan ke atas projek Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku atau penyelewengan dalam pembinaan taman tema itu.

Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata siasatan perlu dilakukan kerana taman tema itu mengalami kerugian sebanyak RM474.4 juta termasuk kemerosotan nilai aset RM186.5 juta dan kerugian kemerosotan nilai atas penghutang bukan dagangan berjumlah RM90.4 juta.

“Siasatan perlu dilakukan sekiranya terdapat salah laku atau penyelewengan oleh mereka yang terlibat dalam membuat keputusan (pembinaan MAPS), mereka (yang bersalah) wajib dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Selain itu, Nga berkata kerajaan negeri sebelum ini yang diketuai bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir perlu memohon maaf kepada rakyat kerana terpaksa menanggung beban kesan daripada kerugian MAPS.

Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Aulong turut mendedahkan bahawa Perak Corporation Berhad (PCB) iaitu anak syarikat kerajaan negeri merupakan pemegang saham terbesar di dalam projek MAPS dengan jumlah pelaburan RM248 juta.​​​

Katanya PCB membuat pinjaman berjumlah RM250 juta bagi pembinaan taman tema itu dengan kadar faedah yang perlu ditanggung adalah sekurang-kurangnya enam peratus iaitu RM15 juta setahun.

“Rancangan awal kerajaan negeri (terdahulu) tidak terlibat (dalam pembinaan MAPS). Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) hanya bagi tanah.


“Saya tidak tahu mengapa rancangan ini berubah, mengapa pula kerajaan negeri menjadi pelabur terbesar dalam projek ini kerana ia berbeza dengan rancangan awal yang telah dipersetujui,” katanya.

Menurut Nga, kerajaan negeri sepatutnya tidak terlibat dalam pembinaan atau pelaburan taman tema itu kerana ia bukan tugas sesebuah kerajaan negeri untuk menggalas tanggungjawab tersebut, sebaliknya diserahkan kepada pihak swasta.

“Serahkan kepada pihak swasta untuk menguruskannya kerana untung atau rugi adalah tanggungan mereka sendiri,” katanya sambil menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk membincangkan sama ada taman tema itu perlu dijual atau sebaliknya. – BERNAMA

Kategori