Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bas Muafakat Johor Masih...

ISKANDAR PUTERI - Program ‘Bas Muafakat Johor’ masih diteruskan oleh Kerajaan Negeri Johor...

Hubungan Kuwait-Malaysia Istimewa, Banyak...

KUALA LUMPUR – Hubungan Malaysia dan Kuwait yang terjalin sejak 47 tahun lepas...

Pelajar Ditampar Guru Pernah...

SUSULAN kes pelajar perempuan, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, yang terlantar di hospital kerana...

Perkhidmatan Rakyat Kerjasama Penjawat...

PUTRAJAYA - Penyampaian perkhidmatan untuk rakyat akan menjadi lebih baik melalui jalinan kerjasama...

ATM Sedia Kerah Aset Hadapi Musim Tengkujuh – Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengerahkan asetnya bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda negara pada hujung tahun ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah yang bakal diambil ATM itu telah dimaklumkan kepada Kabinet.

“ATM tidak teragak-agak untuk membantu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dengan satu syarat bahawa dalam apa jua yang kita lakukan janganlah menjejaskan keselamatan anggota ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai larian amal ‘Malaysian United Run’ anjuran Institut Onn Jaafar (IOJ) di Padang Merbuk, di sini, Ahad.

Hishammuddin berkata bersandarkan pengalaman musim tengkujuh lepas, pihak ATM telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku ketika tibanya musim tengkujuh.


“Kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku berkait dengan banjir tetapi ia memberi pengajaran dan persiapan awal ATM sekiranya hujung tahun ini dilanda dengan banjir besar lagi,” katanya.

Larian amal sejauh 5 km anjuran IOJ di Padang Merbuk disertai lebih 10,000 peserta daripada 17 institusi pengajian tinggi.

Ia turut mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat pelbagai kaum dengan penyertaan lebih 5,000 peserta yang menjadikan ‘Malaysian United Run’ sebagai larian yang teramai sekaligus mencipta rekod dalam ‘Malaysia Book of Records’. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori