Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gadis Melayu Bertudung Kongsi...

INILAH contoh sebenar yang boleh dikatakan pada akhlak remaja-remaja Muslim di negara ini.Apabila...

Power!! Lelaki Ini Main...

Sebelum ini kami ada siarkan artikel berkenaan seorang lelaki tua yang diketawakan beberapa...

“Tolong Sedekahkan Ayat Kursi...

GOPENG - "Saya minta sangat rakyat Malaysia tolong sedekahkan ayat Kursi untuk Mohammad...

Dr. Mahmud Ahmad: Militan...

SEKALI pun bukan pengganas yang beroperasi dari kem utama Daesh di Raqqa, Syria...

ASEAN Jalin Hubungan Kerjasama Dengan Lokaliti Itali

ROM – Satu delegasi duta negara Asia Tenggara baru-baru ini telah melawat wilayah Parma, Itali bagi mempromosi pertukaran dan kerjasama yang merupakan sebahagian daripada tugas Jawatankuasa ASEAN di Rom (ACR), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Semasa sesi kerja dengan pihak berkuasa tempatan, Duta Thailand, Tana Weskosith yang merupakan Pengerusi ACR, telah menonjolkan potensi kerjasama ekonomi serta perdagangan antara Parma dan negara ASEAN.

Perniagaan ASEAN menunjukkan minat terhadap sektor utama wilayah itu seperti pertanian, penternakan, kimia kosmetik, pemprosesan makanan, minuman, pusat peranginan dan perlancongan, kata Weskosith.

Bagi pihaknya, Naib Datuk Bandar Parma, Nicoletta Paci, mengalu-alukan lawatan delegasi itu dan berikrar akan merangsang kerjasama antara lokaliti kedua-dua pihak.

Delegasi itu, yang terdiri daripada Duta Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Myanmar, turut melawat perusahaan tempatan dalam sektor pelancongan, pelancongan perubatan, produk pertanian serta kosmetik.


Semasa lawatan ke Cosmoproject di perbandaran Mezzani dalam wilayah Parma, pengarahnya, Primo Tortini, memperkenal strategi jangka panjang syarikat itu yang dibangunkan di Asia Tenggara terutama di Thailand dan Vietnam.

Duta Vietnam ke Itali, Cao Chinh Thien, turut menonjolkan keberkesanan lawatan itu sambil menambah ia membantu meningkatkan kerjasama antara Itali dan ASEAN serta setiap negara anggota blok tersebut.

Acara itu turut memberi peluang kepada negara terbabit untuk menjalinkan kerjasama menerusi saluran yang bersesuaian dengan lokaliti Itali, kata Thien. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

Kategori