Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Tamatkan Pengajian,”...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengesahkan pernah mengikuti pengajian...

2 Penjenayah Ditembak Mati,...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menumpaskan empat penjenayah warga asing dengan dua daripadanya...

5 Maut Nahas Helikopter...

NEW DELHI - Lima orang terbunuh dalam nahas membabitkan helikopter tentera udara India...

Anak Lapor SPRM Berhubung...

PUTRAJAYA - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat tiga laporan kepada Suruhanjaya...

#ASEAN: Inilah Sebenarnya ASEAN – Najib

KUALA LUMPUR – Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini, dengan proses pembinaan komuniti dan integrasi ekonomi disuburkan untuk menjadikan ASEAN yang inklusif, berani dan melihat ke depan untuk perkumpulan itu dan warganya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di sini Isnin, menekankan tahun 2015 akan menjadi sejarah kejayaan ASEAN apabila visi mewujudkan komuniti tunggal menjadi kenyataan menjelang akhir tahun.

“Inilah ASEAN sebenarnya, ketika ini dan di sini. Marilah kita bekerja bersama-sama untuk memastikan apabila kita bercakap mengenai Alaf Asia, ia juga Alaf ASEAN,” tegas Najib.

Beliau juga berkata semasa Malaysia memegang keistimewaan untuk mempengerusikan ASEAN pada tahun yang penting untuk organisasi itu, kumpulan serantau ini perlu meneruskan usaha untuk mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

Beliau menegaskan bahawa sekarang adalah masa untuk blok 10 anggota itu mencari jalan supaya ASEAN menjadi dan dilihat lebih sepakat dalam politik.

“Pelabur antarabangsa sudah lama tertarik ke India dan China. ASEAN boleh dan wajar meletakkan dirinya sebagai ‘kuasa ketiga’ di rantau ini dan dengan kesepaduannya yang nampak dengan jelas, dapat membantu kita menjayakannya,” katanya.

Menyentuh mengenai cadangan zon waktu seragam, Najib berkata jika idea itu diterima oleh ASEAN untuk keseluruhan rantau itu, ia merupakan simbol perpaduan ASEAN, selain baik untuk perniagaan.

“Tambahan pula, potensi kita sangat besar. Kita mempunyai tenaga kerja ketiga terbesar di dunia. Kita mempunyai tenaga muda berbakat dan bilangan penduduk mahir yang semakin meningkat, yang melebihi 600 juta orang.

“Bilangan penduduk kelas pertengahan yang semakin meningkat menjadikan kita sebagai antara rantau paling dinamik dan menarik, mendorong sebuah penerbitan, pada minggu lepas, bertanyakan sama ada ASEAN merupakan ‘pelaburan paling panas’ di Asia, katanya.

Najib juga berkata berikutan halangan perdagangan oleh AEC dimansuhkan, ia turut meliputi pengurangan tarif.

“Ia mesti meliputi pemansuhan halangan bukan tarif seperti peraturan yang terlalu membebankan yang menjejaskan perdagangan bebas dan saksama,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ASEAN mesti meningkatkan program untuk menyeragamkan standard, menambah pasaran modal dan penyepaduan kewangan serta mempromosi pergerakan barangan, perkhidmatan, pelaburan dan bakat secara lebih bebas antara negara.

“Hasil pembaharuan itu akan lebih transformatif,” katanya dan menambah jika dagangan sesama ASEAN ditingkatkan kepada 40 peratus daripada 24 peratus, ekonomi ASEAN akan meningkat dengan ketara kepada US$2.5 trilion setahun.

“Potensi pertumbuhan ini bermakna peningkatan ekonomi dan taraf hidup rakyat kita. Dan ‘hadiah’ itu dalam genggaman kita,” katanya.

Menyentuh visi penubuhan ASEAN seperti yang diasaskan pemimpin pengasas kumpulan itu menerusi Deklarasi Bangkok, Najib berkata ia telah merapatkan hubungan penduduk di rantau itu.

“Dan, kita mesti memastikan hubungan ini terikat dan idea hebat ASEAN menjadi realiti secara peribadi kepada semua warga kita,” katanya.

Memetik contoh mengenai usaha mengeluarkan rakyat Malaysia dari Yaman yang kini bergolak, Najib bangga kerana proses itu turut dijalankan oleh kerajaan-kerajaan ASEAN, yang turut membantu warga negara yang lain.


Malaysia sendiri membantu mengeluarkan rakyatnya bersama warganegara ASEAN termasuk dari Singapura, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Indonesia.

“Inilah semangat ASEAN,” katanya.

Najib bagaimanapun mengakui bahawa perbezaan, yang diharapkan kecil, pasti wujud, memandangkan rantau ini kaya dengan pelbagai etnik, budaya dan agama.

Bagaimanapun Malaysia yang mempengerusikan ASEAN tahun ini, yakin perbezaan pendapat boleh ditangani menerusi sikap toleransi, persefahaman dan hormat-menghormati, yang mencerminkan cara sebenar ASEAN.

Sambil menarik perhatian terhadap kemajuan proses damai Bangsamoro, Najib menjelaskan mengenai pentingnya konflik dalaman ditangani dalam ASEAN supaya ia benar-benar melambangkan ia sebuah komuniti.

Mengulas mengenai Komuniti ASEAN, Perdana Menteri berkata ASEAN bertanggungjawab merangka dokumen pelan tindakan untuk mewujudkan Komuniti ASEAN.

“Ini (dokumen) akan menyediakan asas mengenai kaedah untuk kita memperkukuh integrasi dalam tempoh 10 tahun akan datang, sehingga 2025,” katanya.

Najib berkata ASEAN berpusatkan ASEAN bermaksud warga di rantau ini merasakan mereka bukan sekadar sebahagian daripada ASEAN.

“Tanpa mengira siapa mereka – daripada pesawah, sehingga pedagang mata wang, pemilik perniagaan halal, nelayan dan jurutera elektronik – warga kita sebenarnya merasakan mereka ASEAN, dan masa depannya merupakan masa depan mereka.

“Bagi merealisasikannya, kita mesti melibatkan mereka dan sentiasa mendengar (pandangan) mereka,” kata Najib.

Najib berkata ASEAN juga yakin organisasi dan individu cemerlang yang telah membuat sumbangan besar dalam proses pembangunan komuniti sepanjang tahun, wajar diperakui dan diumumkan.

“Berdasarkan hakikat ini, saya bangga mengumumkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 tahun ini, kita akan menganjurkan ‘Anugerah Warga ASEAN’ pertama, bagi meraikan mereka yang telah melakar kecemerlangan,” katanya.

Najib mengingatkan bahawa ASEAN berpusatkan rakyat bermatlamat memberi manfaat kepada warga dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Hadirin pada majlis perasmian itu termasuk pemimpin dan perwakilan negara anggota ASEAN, Setiausaha Agung ASEAN Le Luong Minh serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri-menteri Kabinet.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang bermula Ahad, bertema ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’ berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Malaysia yang menjadi tuan rumah kali keempat, sebelum ini mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN, masing-masing pada 1977, 1997 dan 2005. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori