Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Wan Saiful Dakwa Ismail...

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan...

1,754 Pusat Mengundi Disediakan...

KUCHING - Setelah 12 hari mengharungi tempoh kempen dalam suasana tenang bagi Pilihan...

Sambutan Hari Ibu Mingguan...

SHAH ALAM - Bagi meraikan Hari Ibu yang disambut pada Ahad minggu kedua...

Pengilang, Pengimport Pelitup Muka...

PUTRAJAYA - Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat perakuan dan...

ASEAN, AS Komited Untuk Perkukuhkan Kerjasama

KUALA LUMPUR – ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-AS kelapan yang berlangsung di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia pada Selasa mengesahkan komitmen masing-masing untuk memantapkan lagi perkongsian strategik.

Mesyuarat itu berfungsi sebagai mekanisme utama mengkaji fungsi kerjasama ASEAN-AS dan berbincang bagaimana cara meningkatkan kerjasama, menurut ASEAN dalam kenyataan di laman webnya.

Pada ketika peralihan pentadbiran baharu, AS menyuarakan sokongannya yang berterusan terhadap ASEAN khususnya di bawah lima bidang kerjasama utama antaranya cabaran transnasional, maritim, integrasi ekonomidan peluang kepada kaum wanita.

Tahun ini, merupakan ulang tahun ke-40 Dialog Hubungan ASEAN-AS, mesyuarat itu menekankan kepentingan menilai pencapaian dan meneroka cara mengukuhkan lagi hubungan ASEAN-AS.

Berikutan pengumuman penubuhan ‘AS-ASEAN Connect’ di Sidang Kemuncak Pemimpin Khas ASEAN-AS di Sunnylands tahun lepas, mesyuarat mengalu-alukan sumbangan AS terhadap dasar meningkatkan polisi penglibatan awam-swasta, hubungan rakyat dengan rakyat dan aktiviti pembinaan keupayaan.


AS juga tidak sabar untuk terus maju bersama ASEAN dalam pelbagai paltform mengenai isu siber termasuk Forum Serantau ASEAN bagi menggalakkan prinsip perkongsian, pembinaan keyakinan dan mengukuhkan keupayaan siber di seluruh rantau itu.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai isu yang menjadi kebimbangan bersama di rantau termasuk perkembangan di Semenanjung Korea dan Laut China Selatan.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Shariffah Norhana Syed Mustaffa dan Kuasa Usaha Misi AS ke ASEAN, Jane Bocklage, dihadiri wakil tetap negara anggota ASEAN dan wakil Sekretariat ASEAN. – BERNAMA

Kategori