Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tinggi Arah Rosmah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Datin Seri Rosmah...

Enggan Berselendang Jumpa Mufti...

BEIRUT - Calon presiden Perancis berhaluan kanan, Marine Le Pen semalam enggan memakai...

Mahathir, Anwar Dilihat Sebagai...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat...

Video Tular Aksi Bos...

AIB... Penularan video ‘majlis tari’ yang libat personaliti seperti menteri, Ketua Hakim Negara...

AS, Iran Saling Berbalas Sekatan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dan Iran saling berbalas sekatan susulan program peluru berpandu balistik republik Islam itu, sejam selepas Washington mengakui Tehran mematuhi perjanjian nuklear yang ditandatangani dua tahun lalu.

Sebaik saja AS mengumumkan sekatan baharu itu, Iran membalas dengan mengatakan ia ‘tidak bernilai’, ‘menyalahi undang-undang’ dan mengumumkan sekatan ‘terhadap rakyat Amerika serta entiti yang bertindak terhadap rakyat Iran dan umat Islam yang berada di rantau itu.’

“Orang Amerika mahu melemahkan kemampuan dan kekuatan regim Islam. Kami mencadangkan tindakan timbal balik dengan kos yang tinggi,” kata Jeneral Amir Ali Hajizadeh.

Parlimen Iran turut mengundi untuk membenarkan pembiayaan tambahan untuk program peluru berpandu dan operasi luar negara Revolutionary Guard, Pasukan Quds yang dituduh Washington menjadi penyebab pergolakan di rantau itu.


Ketegangan semakin meningkat selepas Presiden Donald Trump dipaksa berundur daripada janji kempen utama untuk menarik diri daripada kesepakatan nuklear 2015 dengan Tehran. Ia melonggarkan sekatan sebagai balasan untuk membatasi keupayaannya menghasilkan bahan senjata atom. – AFP/BH ONLINE

Kategori