Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RUU Hudud: PAS Sudah...

KUALA LUMPUR - PAS sudah bersedia untuk membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai...

Mohamed Salah Sudah Mula...

MOSCOW - Penyerang sensasi Mesir, Mohamed Salah belum pasti dapat diturunkan menentang Uruguay...

DAP Cadang DUN Sabah,...

KUALA LUMPUR - Bukan semua rakyat Sabah dan Sarawak mahu negeri itu keluar...

Basikal Lajak: Denda, Penjara...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa ataupun penjaga boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000...

Arab Saudi Henti Hantar Minyak

DUBAI – Arab Saudi bertindak menghentikan sementara penghantaran minyak menggunakan laluan kapal di Selat Bab El-Mandeb, Laut Merah, susulan serangan ke atas dua kapal tangki miliknya oleh pemberontak Houthi.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih dalam satu kenyataan berkata, serangan oleh pemberontak Houthi ke atas dua kapal tangki pembawa minyak mentah (VLCC) milik negara itu berlaku pada pagi semalam.

Namun, Khalid berkata, serangan itu menyebabkan kerosakan kecil pada salah satu kapal berkenaan.

“Arab Saudi akan menghentikan sementara penghantaran minyak menggunakan Selat Bab El-Mandeb berkuat kuasa serta merta sehinggalah keadaan di laluan itu disahkan selamat,” katanya kenyataan itu.

Selat Bab El-Mandeb terletak di antara pertemuan Laut Merah dan Teluk Aden di Laut Arab.


Dengan jarak selebar 20 kilometer, ia menyebabkan ratusan kapal yang menggunakan laluan itu menjadi sasaran mudah pengganas. – Reuters/BH ONLINE

Kategori