Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Chloe Moretz Akui Bercinta...

SETELAH sekian lama berteka-teki akhirnya pelakon remaja popular, Chloe Grace Moretz, 19, mengakui...

TLDM Tubuh TAC Tangani...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan pasukan 'Tim Atur Cepat'...

Pelajar Turki Terima Ganti...

MAHKAMAH perlembagaan di Turki memutuskan hak pelajar-pelajar sebuah universiti untuk pendidikan dan kebebasan...

Warga Emas Lintas Jalan...

ALOR SETAR : Hasrat seorang bapa untuk makan malam bersama keluarga tidak kesampaian...

APMM Tawau Rampas 1,086 Karton Rokok Seludup

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau merampas 1,086 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM44,820 yang cuba diseludup masuk dari Sungai Nyamuk Indonesia ke perairan kampung air Titingan di sini, malam tadi.

Ketua Maritim Zon Tawau Kepten Maritim Romli Mustafa berkata rokok itu dirampas hasil penahanan sebuah bot laju oleh pasukan bot ronda maritim kira-kira lima batu nautika dari kawasan perkampungan air Titingan, pada jam 11.12 malam.

“Bagaimanapun dua suspek lelaki yang berada dalam bot berkenaan meloloskan diri dengan terjun ke laut selepas mengejar selamat lima minit dan bot berjaya dipintas,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Romli berkata hasil pemeriksaan awal ke atas bot menemukan rokok Premium Gold (450 karton), Menara Dunia (220 karton), LA Lights (190 karton), LA Menthol Lights (160 karton), LA Bold (50 karton) dan Gudang Garam (16 karton).

“Rokok ini dipercayai untuk diniagakan di daerah ini,” katanya jumlah rampasan keseluruhan termasuk bot bernilai RM104,820.

Dalam pada itu, Romli berkata pihaknya akan meningkatkan lagi rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap perlanggaran undang-undang dapat dibanteras.


“Sempena musim perayaan ini juga, Ops Pagar akan dilaksanakan pihak maritim bagi mengekang kemasukan elemen jenayah ke negeri ini,” katanya dan turut menyarankan supaya orang ramai berkongsi sebarang maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang dengan melapor terus ke talian hotline 089-752115 atau MERS999.

Sementara itu, katanya sepanjang Januari hingga Mei ini, pihaknya menyiasat 24 kes dan 18 daripadanya telah dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

“Lebih 90 individu dijatuhkan hukuman dan (ada) kes masih dibicarakan, melibatkan kes pemerdagangan manusia dan pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan barang kawalan dan kastam,” katanya. – BERNAMA

Kategori