Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 25...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Video: Pengantin Maut Ditembak...

MALANG nasib seorang pengantin lelaki di India apabila majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut...

Laluan Berhampiran Jeram Toi...

JELEBU : Laluan di jambatan tiang sambut FT086 berhampiran Jeram Toi, dekat sini...

UMNO, PAS, BERSATU Wujud...

KUALA LUMPUR - UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah memutuskan...

APMM Tahan Tekong, 3 Awak-Awak Langgar Syarat Memukat Ikan

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menahan seorang tekong dan tiga awak awak serta sebuah bot nelayan tempatan kerana melanggar syarat menangkap ikan di zon yang dilarang.

Ketua Penguatkuasanya Kapten Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata kesemua mereka ditahan ketika pihaknya melakukan rondaan rutin pada kedudukan 6.4 batu nautika, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar di sini pada 9.35 pagi, semalam.

“Kesemua awak-awak dan tekong dibebaskan dengan ikat jamin polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang dari lapan batu nautika dari pantai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamaruszaman berkata APMM akan sentiasa meningkatkan pemantauan dan rondaan berkala bagi memastikan perairan negara sentiasa terpelihara.

Katanya sebarang maklumat mengenai kegiatan yang menyalahi undang-undang maritim boleh menghubungi talian MERS 999 atau talian terus APMM Pulau Pinang 04-2626146. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori