Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bersalin Pun Cantik, Nora...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon cantik manis, Nora Danish yang telah selamat melahirkan anak...

Rumah Penolong Pegawai Daerah...

KUALA LUMPUR - Rumah seorang daripada Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat di Seksyen...

Polis Kesan Perodua Myvi...

JOHOR BAHRU - Kejadian sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melawan arus di...

VIDEO: Bapa Undur Kereta,...

SERING kali kita mendengar berita mengenai kanak-kanak dilanggar akibat kecuaian ibu bapa sewaktu...

APMM Tahan Bot Nelayan Dikendalikan Nelayan Asing Di Marang

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C2 yang dikendalikan sekumpulan nelayan asing pada jarak 22.3 batu nautika dari Pantai Merchang, Marang, Isnin lepas.

Pengarah Logistik APMM Daerah Maritim (DM) 9 Kuala Terengganu, Lt Komander Mohamad Zainal berkata bot nelayan yang dikendalikan lima nelayan Thailand berusia sekitar 24 dan 31 tahun itu dikesan sebelum ditahan pada kira-kira 10 pagi.

“Ketika ditahan, mereka baru sahaja melabuhkan aktiviti menunda pukat. Malah hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka ini berpangkalan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuantan.

“Bagaimanapun kesemua awak-awak dan tekong mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan kita telah merampas satu tan metrik ikan bercampur kerana mereka dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan zon yang tidak dibenarkan iaitu 30 batu nautika dari pantai,” katanya pada sidang media di sini Rabu.

Katanya, rondaan kerap dilakukan APMM kerana sering menerima aduan dan laporan dari nelayan tempatan ekoran kekerapan pencerobohan bot pukat tunda kelas C dari luar Terengganu yang memasuki kawasan B dan berhampiran pantai.

Menurut Mohamad, bot berkenaan dibawa ke pangkalan APMM Pulau Kambing di sini dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 seksyen 8(b) yang menyalahi syarat sah lesen yang membawa hukuman kompaun.


“Ini adalah kali kedua kita menahan bot yang dikendalikan nelayan asing itu di mana pada Oktober tahun lalu, mereka turut dikesan lakukan kesalahan sama,” katanya menambah pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang melakukan kesalahan maritim di perairan negara.

Ini bagi memastikan ekosistem di pesisir pantai tidak dimusnahkan selain menjaga kepentingan nelayan tempatan, katanya. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori