Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hina TMJ Menerusi...

JOHOR BAHARU - Seorang penolong pengurus syarikat insurans yang ditahan berikutan tindakannya memuat...

177 Peniaga Dikompaun Gagal...

MELAKA - Sebanyak 177 peniaga di seluruh negara dikompaun berjumlah RM22,364 kerana gagal...

Kes Rusuhan Kuil: 9...

PETALING JAYA - Sembilan lagi lelaki, termasuk seorang pelajar kolej didakwa di Mahkamah...

Soka Gakai Malaysia Tonjol...

KUALA LUMPUR - Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang digagaskan Perdana Menteri Datuk...

APMM Tahan 6 Warga Indonesia Di Perairan Hutan Melintang

IPOH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 Lumut menahan empat awak-awak dan dua wanita warga Indonesia di perairan Hutan Melintang dekat sini, petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata bot laju Maritim yang melalui kawasan itu berjaya mengesan bot nelayan tempatan yang sedang memasuki kawasan perairan Kuala Sungai Bernam, pada 5.45 petang.

“Ketika bot itu ditahan, empat awak-awak lelaki termasuk seorang tekong sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan ikan di atas bot itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua wanita warga Indonesia menyembunyikan diri di dalam kotak penyimpanan tali di atas bot itu tanpa memiliki sebarang pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zulinda berkata kesemua empat lelaki warga Indonesia itu berumur lingkungan 21 dan 36 tahun manakala dua wanita berkenaan berumur antara 20 tahun dan 45 tahun.


Beliau berkata dua wanita itu disyaki menaiki bot berkenaan selepas dipindahkan dari sebuah bot lain yang datang dari Tanjung Balai, Indonesia di tengah laut.

“Untuk siasatan lanjut, mereka akan direman 14 hari dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori