Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aidilfitri: Op Selamat 13/2018...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Op Selamat 13/2018...

Perluas Program ‘Satu Daerah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan sedang berusaha membawa produk-produk daripada program Satu...

Khairy Harap Harimau Malaysia...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap pasukan bola sepak kebangsaan...

Sultan Ismail Petra Gering...

KOTA BHARU - Ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra sedang...

APMM Tahan 2 Bot Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot nelayan Vietnam bersama 19 awak-awak dan tekong kerana menceroboh perairan negara dalam Operasi Permai pada Jumaat (30 Sept).

Pengarah Daerah Maritim Kuching, Kapten (M) Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata bot bersama awak-awak tersebut ditahan kira-kira 150 batu nautika dari Tanjong Po, dekat sini sebelum dibawa ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) Muara Tebas.

“Kira-kira 10.40 pagi, pasukan operasi telah mengesan dua buah bot tersebut sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan pukat tunda ganding.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seramai 19 orang awak-awak berserta tekong dari Vietnam berada di atas bot-bot tersebut. Semua mereka telah ditahan reman dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahref berkata jika didapati bersalah, bot berserta peralatan menangkap ikan boleh disita manakala tekong serta awak-awak boleh dikenakan denda masing-masing tidak melebihi RM1 juta dan RM100,000 setiap seorang selain hukuman penjara.


Beliau berkata APMM sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak 082-432544. – BERNAMA

Kategori