Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Guna Teknologi AI...

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menggunakan teknologi terkini termasuk 'artificial intelligence'...

Banjir Di Kelantan Semakin...

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan 7,342 mangsa daripada...

Inikah Pekerjaan Paling Bahaya?...

NGERI dan mungkin inilah pekerjaan yang paling bahaya di dunia yang dilakukan oleh sekumpulan...

Anzalna, Suami Dan Keluarga...

PASANGAN merpati dua sejoli, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang baharu sahaja...

APMM Tahan 14 Bot Nelayan Vietnam Sejak Januari

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur telah menahan sebanyak 14 bot nelayan dari Vietnam sejak Januari kerana melakukan aktiviti perikanan tanpa dokumen yang sah.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi) APMM Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata kejadian terbaru berlaku semalam, apabila kapal ronda KM Pekan yang melakukan rondaan mengesan sebuah bot nelayan asing, kira-kira 75 batu nautika dari perairan Timur Kuala Kemaman.

Beliau berkata enam awak-awak serta tekong ditahan dan semasa diperiksa, bot tersebut didapati tidak mempunyai sebarang permit untuk menangkap ikan di perairan negara ini.

“Kesemua awak-awak dan tekong juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Pannir Selvan berkata, nelayan asing itu akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara ini dan siasatan awal mendapati terdapat hasil laut di dalam bot mereka iaitu kira-kira 100 kilogram sotong.


Katanya, jumlah nilaian yang disita termasuk bot ialah RM500,000 dan jika didapati bersalah bot berkenaan akan dilucutkan hak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori