Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Teks Penuh Ucapan Bajet...

1. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. 2. Syukur Alhamdulillah, atas nikmat Allah...

Pentadbiran AS Kembali Pulih...

WASHINGTON DC - Agensi persekutuan Amerika Syarikat (AS) kembali pulih selepas lumpuh tiga...

Sebutan Semula Inkues ‘Baby...

SEREMBAN - Inkues berkaitan kematian seorang bayi perempuan berusia 15 bulan di sebuah...

Bajet 2022: Baucar Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan tahun...

APMM Patahkan Cubaan Rompak Kapal Muatan Diesel

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan mematahkan cubaan sekumpulan sembilan lanun bersenjata merompak dan melarikan sebuah kapal muatan minyak diesel bernilai RM900,000 di perairan Timur Tanjung Siang berdekatan Tanjung Penawar, di sini malam semalam.

Pengarah Operasinya Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamed berkata kesemua lanun itu yang berumur 28 hingga 46 tahun menggunakan bot pancung untuk menawan kapal berkenaan yang melabuhkan sauh di Tanjung Ayam, perairan Pengerang di sini.

“APMM menerima laporan kehilangan kapal itu 11 pagi semalam setelah gagal dikesan dan dihubungi sejak Rabu kira-kira 10 malam.

“Bertindak atas maklumat itu, APMM telah mengatur gerak dua buah kapal, dua buah bot pemintas dan satu unit pasukan Tindakan Khas (PTK) bagi mencarinya sebelum mengesan kapal itu di kedudukan 15 batu nautika Timur Tanjung Siang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata tujuh lanun yang berada di atas kapal itu ditahan. Dua lagi rakan mereka sempat terjun ke laut apabila ternampak kelibat anggota APMM.

“Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui semula oleh sebuah kapal dagang di kedudukan 10 batu nautika Timur Tanjung Punggai, sejauh 13 batu nautika dari kapal itu ditawan,” katanya.


Sementara itu, kesemua anak kapal iaitu tiga warga Indonesia dan tujuh warga Myanmar berumur antara 20 hingga 50 tahun yang ditawan disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kami juga menemukan empat bilah parang, tiga pucuk pistol mainan, sebilah kerambit dan seunit tukul yang dipercayai digunakan lanun berkenaan untuk mengugut mangsa,” katanya.

Ibrahim berkata ini adalah kes tangkapan pertama yang melibatkan rompakan kapal bagi tahun ini dan APMM akan mempergiatkan usaha termasuk meningkatkan jaringan komunikasi bersama komuniti maritim di sekitar perairan Johor Timur untuk membendung kegiatan berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori