Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Yuna Sudah Bertunang Dengan...

SEBELUM ini, memang ada desas-desus mendakwa penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau lebih dikenali...

China Sumbang Peralatan Tentera...

MANILA - Jabatan Pertahanan Filipina pada Khamis menerima peralatan ketenteraan yang disumbangkan China...

Turki Rancang Hasilkan Jet...

Turki merancang mengeluarkan jet tempur "Hurjet" dengan Malaysia jika proses tender berjaya, kata...

KKM Sedang Audit Klinik...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sedikit masa lagi bagi mengenal pasti klinik...

APMM Pantau Pulau Tidak Berpenghuni

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diarah melakukan pemantauan dan kawalan ke atas pulau-pulau yang tidak berpenghuni milik negara di Laut China Selatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata tugasan baharu itu adalah bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara dan tiada aktiviti yang melanggar undang-undang berlaku di pulau berkenaan.

“Saya minta supaya APMM melihat pulau-pulau kosong di Laut China Selatan yang tidak diduduki…diberi perlindungan sebab ada juga kawasan-kawasan yang kosong ini telah cuba dituntut oleh negara asing dan kita tidak ada kawalan di sana,” katanya.

Shahidan berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan upacara pemakaian pangkat Ketua Pengarah APMM yang baharu, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar di sini.

Katanya penglibatan APMM dalam kawalan dan pemantauan pulau-pulau tidak berpenghuni ini dapat dilaksanakan sebelum penglibatan agensi berkaitan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Shahidan mendakwa selain berkaitan isu-isu kedaulatan, pulau-pulau tidak berpenghuni turut menjadi tempat perlindungan dan persinggahan lanun dan APMM perlu menjalankan operasi dari semasa ke semasa untuk menggempur kegiatan itu.


“Kita akan membersihkan (kawasan perairan) negara ini daripada (kegiatan) lanun (dengan mengawal pulau-pulau tidak berpenghuni),” katanya.

Sementara itu beliau berkata APMM akan mengambil 500 petugas secara kontrak untuk mengisi kekosongan jawatan dalam agensi berkenaan tahun ini.

Katanya APMM mempunyai kira-kira 700 kekosongan yang 200 daripadanya bakal diisi oleh petugas baharu berjawatan tetap yang akan melaporkan diri tidak lama lagi.

Menurutnya APMM kini mempunyai 5,418 petugas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori