Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

40 Nelayan Asing Ditahan...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 9 Kuala...

Institusi Pendidikan, Sekolah Catat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes membabitkan sub kategori sekolah...

Cadangan Mekanisme Harga RON95...

KUALA LUMPUR - Cadangan mekanisme harga baharu bagi RON95 berasaskan kos pengeluaran sebenar...

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan...

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan agar dikenakan hukuman lebih berat...

APMM P.Pinang Tahan 3 Nelayan Thailand

GEORGE TOWN – Tiga nelayan Thailand bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan di 13.7 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 2 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Laksamana Pertama Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata ketika ditahan nelayan-nelayan itu sedang menangkap ikan di perairan negeri ini.

“Pemeriksaan kami mendapati bot pukat tunda kelas B itu telah melanggar syarat-syarat lesen menurut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu pemilik bot tidak mengusahakan sendiri dan menggunakan sepenuhnya nelayan asing,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata bot nelayan yang berpangkalan di Bagan Sungai Burung, Bagan Datoh di Perak itu dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Batu Maung di sini untuk siasatan.


“Semua hasil tangkapan ikan seberat 500 kilogram dan peralatan menangkap ikan dirampas, tiga nelayan asing berusia 41 hingga 43 tahun itu turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori