Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Daesh Sama Dengan...

SEORANG pemimpin kumpulan militan Daesh di Iraq yang menjadi terkenal di media sosial...

SPR Kaji Buat Persempadanan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mengkaji sama ada persempadanan semula kawasan...

Bekas Speaker DUN Johor...

JOHOR BAHRU – Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Ali Hassan meninggal...

Pemotongan Bajet Universiti Harus...

KANGAR - Pengurangan bajet 2016 oleh kerajaan harus dilihat dari aspek positif untuk...

APMM Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Putih Bernilai RM4.4 Juta

JOHOR BAHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili menggagalkan cubaan menyeludup 49,000 karton rokok putih bernilai RM4.4 juta termasuk cukai selepas memeriksa sebuah kapal di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata pemeriksaan pada kapal ‘AWE MARIN 9’ itu dilakukan empat anggota APMM yang melakukan rondaan rutin di kedudukan kira-kira 0.9 batu nautika tenggara Tanjung Ayam, pada pukul 1.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia itu membawa 980 kotak rokok iaitu bersamaan 49,000 karton rokok putih berjenama ‘JM WHITE’ tanpa sebarang dokumen yang sah, ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amran berkata kapal tanpa nombor Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) itu juga didapati gagal melaporkan ketibaan di perairan negara ini.


Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya turut menahan seramai tujuh anak kapal terbabit yang kesemuanya rakyat Indonesia berumur antara 28 hingga 54 tahun untuk membantu siasatan.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu cubaan menyeludup rokok masuk ke Malaysia dan Seksyen 449 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu tidak melaporkan ketibaan di perairan Malaysia serta mana-mana kesalahan yang berkaitan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori