Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aplikasi SERV Semakin Diterima...

SEREMBAN - Aplikasi SERV, yang membolehkan pemilik kereta menempah dan mendapatkan sebut harga...

Suami Isteri Bakar Kemaluan...

SEPASANG suami isteri di Nigeria ditangkap kerana didakwa membakar zakar seorang remaja lelaki...

MASkargo Laksana Persiapan Rapi...

SEPANG - MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) sedang memperhebatkan persiapan di Advanced Cargo...

Lu Dengan Family Mesti...

KUALA LUMPUR : Pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar semalam mendedahkan telah menerima...

APMM Bantu Kesan Mangsa Bot Berlanggar Di Indonesia

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memantau kawasan perairan Malaysia bagi mengesan empat lagi mangsa insiden bot berlanggar di perairan Indonesia malam tadi, yang belum ditemui.

Pengarah Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya telah merujuk kepada Konsulat Indonesia di Tawau namun tiada maklum balas lanjut setakat ini.

“Di samping itu (setakat ini) pihak Indonesia juga belum meminta sebarang bantuan pencarian dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimana pun, Romli berkata empat aset APMM iaitu Kilat 46, PGR 16, PGR 13 dan PSC 6 serta sebuah aset Pasukan Polis Marin (Bangi 12) memantau di kawasan tanggungjawab sekali gus membantu pencarian.

Media Indonesia melaporkan sebuah bot yang membawa 16 penumpang dari arah Tawau ke Pulau Sebatik, Indonesia berlanggar dengan sebuah bot dipandu dari arah bertentangan kira-kira 100 meter dari Sungai Nyamuk, Indonesia pada pukul 7 malam tadi.


Ekoran itu, 17 mangsa dipercayai terlibat dalam insiden itu dan setakat pihak keselamatan Indonesia menemukan 13 mangsa dengan lima daripadanya meninggal dunia, seorang cedera manakala tujuh lagi menjalani pemeriksaan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori