Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Speaker Dewan Rakyat Terima...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat menerima usul Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina...

China Lancar Ujian Pintasan...

SHANGHAI: China melancarkan ujian pemintasan peluru berpandu bagi tujuan pertahanan dan tidak disasarkan...

Belfie Stick, Kayu Monopod...

TAK cukup dengan monopod yang digunakan untuk mengambil gambar selfie, kini muncul pula...

Harga Minyak Rendah Dorong...

KUALA LUMPUR - Harga minyak yang rendah mendorong pembaharuan dalam subsidi bahan api...

APM Terima Enam Lagi Amphibious Sealegs

PUTRAJAYA – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini menerima enam buah bot penyelamat ‘Amphibious Sealegs’ yang akan memantapkan lagi aktiviti atau operasi agensi dalam menghadapi sebarang ancaman bencana alam.

Penyerahan bot bernilai RM15.7 juta daripada Agensi Bencana Negara (Nadma) kepada APM yang diwakili Ketua Pengarahnya Datuk Azmy Yahya itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, sekali gus menjadi agensi peneraju perolehan terbanyak bagi aset tersebut.

“Perolehan itu akan memastikan perkhidmatan menyelamat nyawa dan harta benda sebagai satu gelombang yang dirasai masyarakat akan terlaksana dan dijayakan dengan  lebih sempurna,” kata Shahidan dalam sidang media selepas majlis penyerahan itu.

Enam buah bot yang diterima hari ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan 23 buah unit bot amphibious yang ditetapkan kerajaan kepada APM dengan Pahang, Sarawak dan Sabah masing-masing akan menerima dua unit perolehan yang diserahkan hari ini, katanya.

Beliau berkata enam buah bot serupa telah diserahkan kepada APM pada November tahun lepas.


“Aspek kecekapan anggota perlu dipertingkatkan selaras pemilikan aset  bukan sahaja membabitkan aktiviti menyelamat ketika banjir sahaja tetapi merangkumi bencana lain termasuk gempa bumi,” katanya.

Mengulas mengenai program Nothing To Hide 2.0 bagi mempertemukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Shahidan yang juga  Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata ia tidak perlu kerana ia hanya akan merumitkan keadaan dan menjadi pentas untuk mengaibkan satu sama lain.

“Apa lagi yang mereka mahu, beliau (Najib) telah banyak kali menjawab tohmahan yang dilemparkan, maka tidak perlu lagi forum seperi Nothing To Hide ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori