Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

QZ8501 : Indonesia Kerah...

Dalam usaha mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL)...

Isu Forest City: Tun...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bekas Perdana Menteri, Tun...

Rafiq Cipta Sejarah Tuai...

PALEMBANG - Pemain boling negara, Muhammad Rafiq Ismail mencipta sejarah sebagai pemain lelaki...

Pembelian Simulator Golf Hasil...

KLANG - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa...

Aplikasi WhatsApp Hubungkan Warga Malaysia Di Kota Delhi

NEW DELHI – Bagi kira-kira 40 warga Malaysia yang bekerja di ibu negara India ini, perasaan sunyi, bosan atau kurangnya teman kini berlalu dengan adanya aplikasi WhatsApp, cara mudah untuk menghantar pesanan ringkas.

Dimulakan kira-kira dua bulan lepas oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid, jumlah peserta dalam kumpulan WhatsApp itu semakin bertambah daripada sekitar 15 warga Malaysia.

Anggota kumpulan ini bukan hanya terdiri daripada mereka yang tinggal di New Delhi, tetapi juga warga Malaysia di negeri berjiran yang jauh dari sini seperti di Haryana dan Uttar Pradesh.

Selain bertanyakan khabar, mereka bertukar-tukar maklumat daripada tip membeli-belah, kembara sehinggalah kepada perkembangan politik mutakhir di tanah air.

Paling penting, kumpulan ‘Under Delhi’ menjadi wadah untuk berkongsi maklumat berkaitan prosedur untuk berurusan dengan jabatan kerajaan India, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru tiba di sini.

Wan Aznainizam berkata suruhanjaya tinggi itu sering menasihati warga Malaysia di ibu kota itu dan kawasan lain di India untuk mendaftar diri dengan suruhanjaya berkenaan.

“Dengan pelbagai aplikasi tersedia terutamanya menerusi telefon pintar, lebih mudah dan pantas untuk berhubung serta berkomunikasi dengan mereka semua selain memberi perkembangan terkini berkaitan makluman, acara dan kemudahan terbaharu yang ada di suruhanjaya,” kata Wan Aznainizam.


Usahawan, James Yeoh yang tinggal di Gurgaon, Haryana, kira-kira 45 minit perjalanan dengan kereta dari New Delhi, menyambut baik inisiatif itu yang menyediakan platform yang baik bagi warga Malaysia untuk saling berkomunikasi dan menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

“Kami boleh mengharapkan rakan-rakan kami warga Malaysia semasa melalui saat-saat sukar, lebih-lebih lagi ketika tinggal di negara asing,” tegas Yeoh.

Kata Yeoh, beliau agak terkejut dengan jumlah warga Malaysia yang bekerja serta tinggal di New Delhi dan kini mengharapkan untuk mengadakan lebih banyak interaksi dengan rakan senegaranya.

Sementara itu, J.Nagaraja, pengurus teknikal sebuah syarikat pengeluaran di Behror, Rajasthan, kira-kira 200 km dari New Delhi, berkata aplikasi itu merupakan rangkaian yang baik untuk berinteraksi dengan warga Malaysia.

“Anda boleh mendapat maklumat hampir setiap masa dan ia menjadi lebih mudah dengan adanya beberapa pegawai suruhanjaya tinggi dalam kumpulan ini,” kata Nagaraja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori