Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seleweng Dana Latihan RM4...

PUTRAJAYA - Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad...

Iklan Jawatan Kosong Di...

MELAKA - Pengiklanan jawatan kosong yang mengutamakan pemohon berkebolehan berbahasa Cina bagi jawatan...

Tiga Hari Tidak Makan,...

GEORGE TOWN - "Tiga hari saya tak makan, tak tidur bila dapat tahu...

Video: Pengguna E-Skuter Nyaris...

KUS semangat... Seorang pengguna e-skuter di Singapura nyaris dilanggar sebuah van sebelum sempat...

Anwar Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Nallakaruppan

KUALA LUMPUR – Kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan Anwar terima RM60 juta daripada Magnum Corporation Bhd hari ini selesai secara baik selepas bekas ketua pembangkang itu menarik balik samannya.

Anwar ketika membacakan kenyataannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab berkata berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh Nallakaruppan pagi ini yang menjelaskan bahawa ucapan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 tidak dilaporkan oleh media dengan benar dan diputarbelitkan oleh media.

“Dan juga mengambil kira penafian defendan (Nallakaruppan) di antara lain berkenaan pengkhianatan dan kewangan kepada negara oleh plaintif (Anwar), yang dibuat di dalam afidavit SAC 11 Musa Hassan bertarikh 2 September 1998, plaintif berpuas hati untuk menarik balik tindakan sivil ini secara muktamad,” katanya.

Peguam mewakili Nallakaruppan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada mahkamah bahawa susulan kes diselesaikan secara baik, defendan tidak memohon kos dan mahkamah kemudian membatalkan saman itu.

Pada 25 Ogos, 2008 Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah oleh Nallakaruppan dalam artikel bertajuk “Anwar terima RM60 juta” yang diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian pada Ogos 2008.

Ketika ditemui pemberita di luar bilik mahkamah dan diajukan soalan tentang hubungannya dengan Anwar, Nallakaruppan, 68, berkata “kawan akan kekal sebagai kawan, berakhir dengan gembira bagi kedua-dua pihak”.

Pada prosiding hari ini semasa diperiksa balas oleh Anwar yang mewakili dirinya sendiri dalam saman itu, Nallakaruppan menafikan membuat dakwaan bahawa Anwar terima wang itu, sebaliknya menurutnya kenyataannya telah diputar-belitkan oleh akhbar Sinar Harian.

Pada minggu lepas, Anwar melepaskan peguam Latheefa Koya dan N.Surendran daripada mewakilinya atas alasan beliau tidak diberikan masa mencukupi untuk berbincang dengan kedua-dua peguamnya itu.


Anwar: Anda telah buat kenyataan yang anda telah beri saya RM60 juta seperti diterbitkan dalam Utusan Malaysia dan Sinar Harian?

Nallakaruppan: Saya tidak buat kenyataan itu, tetapi ia telah diputar-belitkan oleh Sinar Harian.

Anwar kemudian menjawab “kenapa anda tidak nyatakan ini lebih awal, tidak perlulah teruskan dengan perbicaraan ini,” yang disambut ketawa kecil oleh mereka yang hadir di dalam mahkamah.

Anwar, 69, sebelum ini telah memberikan keterangan di mahkamah pada 13 Nov tahun lepas.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015, mengekalkan sabitan dan hukumannya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori