Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Video: Wartawan Dilanggar Kereta...

SEMEMANGNYA kerjaya sebagai seorang wartawan sangat mencabar dan berisiko.Mereka yang tidak tahu bagaimanapun, beranggapan...

PM Tonton Perlawanan MU...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'memeranjatkan' orang ramai...

Aidilfitri: Kaunter JPN Seluruh...

PUTRAJAYA - Semua kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan beroperasi mulai Jumaat...

Najib Beri Penghormatan Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada...

Anwar Ibrahim Yakin Akan Terselamat

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan bebas daripada hukuman lima tahun penjara atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Anwar dalam satu kenyataan mendakwa keyakinan beliau itu berikutan penghujahan pasukan guamannya yang kukuh di hadapan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

“Saya menerima maklumat yang menyatakan Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari ini sebagai tarikh penghakiman bagi rayuan kes saya di peringkat Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya.

“Berdasarkan penghujahan pasukan guaman, saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan,” dakwanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Media hari ini melaporkan keputusan kes Liwat II terhadap Anwar yang juga Ketua Pembangkang akan diumumkan pada 10 Februari 2015.


Perkara itu diumumkan oleh laman blog mikro Twitter kehakiman Malaysia, yang dikelolakan oleh Mahkamah Persekutuan.

Anwar sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi Mahkamah Tinggi pada 2012 membebaskan Anwar selepas hakim mendapati tidak selamat untuk sabitan dibuat ekoran kemungkinan sampel daripada Saiful tercemar.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudiannya membuat keputusan Anwar bersalah.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori