Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Tahun Ini Sangat Mencabar...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd., dalam tahun penuh pertama di bawah mandat...

MSN Melaka, Badan Menembak...

MELAKA - Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka dan Persatuan Menembak Melaka menjalinkan kerjasama...

Jurujual Didakwa Pandu Bahaya...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang...

Afif Merendah Diri, Tak...

AHMAD Afif Amran menjelaskan dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perebutan takhta keseluruhan...

Antivaksin Undang Penyakit Mudah Berjangkit

BATU PAHAT – Tindakan segelintir ibu bapa yang enggan mengambil vaksin untuk anak-anak mereka boleh menyumbang kepada peningkatan penyakit mudah berjangkit disebabkan tiada pengambilan vaksin bermula seawal kelahiran bayi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata tindakan mereka yang ‘antivaksin’ itu sangat membimbangkan terutama apabila terdapat peningkatan beberapa penyakit seperti tibi.

“Ada di antara mereka enggan mengambil vaksin untuk anak mereka dengan menggunakan alasan agama dan sebagainya. Tapi kita perlu ingat bahawa menjaga nyawa itu adalah perkara wajib,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sambutan Tibi Sedunia 2018 peringkat negeri di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), dekat sini, hari ini.

Menurut Ayub, Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharuskan pengambilan vaksin sebagai kaedah pencegahan menurut Islam.

“Kita bimbang kalau tindakan (antivaksin) semakin meningkat dan dapat dilihat terutamanya dalam kalangan orang Melayu, maka banyak penyakit akan menular lagi,” katanya.

Selain tibi, antara penyakit yang boleh meningkat akibat tiada vaksin ialah cacar, difteria dan polio, kata Ayub.


Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata pelaksanaan Vaksin BCG kepada sekurang-kurangnya 95 peratus daripada jumlah penduduk di bawah 20 tahun, telah berjaya memberi perlindungan kepada semua kanak-kanak daripada mendapat penyakit tibi teruk.

Tahun lepas, sebanyak 26,168 kes tibi dikesan yang merupakan satu peningkatan sebanyak 1.65 peratus berbanding 25,742 kes pada tahun 2016.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Kesihatan negeri Dr Selahuddeen Abd Aziz. – BERNAMA

Kategori