Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer...

Perkukuh Sektor Logistik Dan...

KUALA LUMPUR : Negara membangun boleh menjadi penyumbang utama kepada perdagangan global dan...

Buat Seks Kerap Boleh...

ANKARA - Salah satu cara yang paling banyak dilakukan oleh doktor di seluruh...

Sekolah Wawasan Satukan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Jaringan Rakyat Malaysia yakin penubuhan cuma satu jenis sekolah...

Annuar Sah Tetap Tanding Jawatan Presiden FAM

KOTA BHARU – Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kekal dengan keputusan untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, 25 Mac ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bukan berkaitan merebut kerusi nombor satu itu semata-semat sebaliknya ingin mempertahankan integriti dan rekod kepimpinannya sebagai timbalan presiden FAM sebelum ini.

“Dalam bola sepak integriti saya tercabar dan dalam pertandingan ini saya mempunyai pendirian saya sendiri.

“Saya orang politik, harga diri saya ialah integriti dan khidmat saya, apabila harga diri saya itu dicabar maka saya perlu mempertahankannya,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Annuar menjadi orang pertama mengesahkan pencalonan untuk merebut jawatan presiden FAM bagi penggal 2017 hingga 2021, setelah menerima borang pengesahan daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, Isnin lepas.

Selain Annuar, tiga nama lain yang dicalonkan ialah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat.

Senarai akhir calon akan dibentang kepada Exco FAM pada 20 Februari ini bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres itu sekali gus memilih barisan kepemimpinan baharu untuk penggal 2017-2021.


Annuar ketika ini digantung daripada jawatan sebagai pengerusi Mara dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd bagi membolehkan audit dalaman menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan untuk pasukan Kelantan, The Red Warriors.

Dalam pada itu, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut menyiasatnya, segera menyiapkan siasatan.

“Saya berharap penyiasatan itu segera diselesaikan dan mendapat apa sahaja perkhabaran (keputusan) daripada pihak SPRM.

“Semua pihak perlu bertenang dan perlu memberi kerjasama sebaik mungkin atas apa-apa yang diminta oleh SPRM,” katanya. – BERNAMA

Kategori