Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keluarga Pengantin Perlu Sepakat...

KOTA BHARU - Keluarga pengantin lelaki dan perempuan yang mahu mendirikan rumah tangga...

Ngeri….Tangan Masuk Dalam Perut

HOUSTON - Seorang warga emas di Texas, Amerika Syarikat terpaksa menjalani pembedahan untuk...

30 Kanak-Kanak Maut Akibat...

YANGON - Sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak meninggal dunia di barat laut Myanmar sejak pertengahan bulan...

Sultan Ibrahim Cadang Skop...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim mencadangkan agar skop tanggungjawab pasukan Askar...

Anjur Perhimpunan: Chegubard Didakwa Semula

PETALING JAYA – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung perhimpunan program penghargaan kepada pengundi negeri Selangor, dua tahun lepas.

Badrul Hisham, 37, atau Chegubard yang juga bekas Ketua PKR cabang Rembau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak.

Mengikut pertuduhan Badrul Hisham sebagai penganjur didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur, Jalan Timur di sini pada 5 petang, 25 Mei 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan tiga hari untuk perbicaraan kes itu bermula 16 Mac tahun depan.


Pada 5 Jun 2013, Badrul Hisham kali pertama didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama.

Bagaimanapun, pada 4 Ogos 2014, Hakim Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan Badrul Hisham daripada pertuduhan itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim manakala Badrul Hisham diwakili peguam Haijan Omar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori