Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Dua Cedera Bom Meletup...

BANGKOK - Dua orang cedera apabila sebuah bom kecil buatan sendiri meletup di...

Hina Islam: Siti Nuramira...

KUALA LUMPUR : Seorang wanita yang tular di media sosial kerana didakwa mencetuskan...

Kes Baharu Covid-19 Turun...

SHAH ALAM - Jangkitan harian Covid-19 dalam negara turun lagi apabila merekodkan 2,690...

Pintu Sempadan Negara Tak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan membuka pintu sempadan negara sewenang-wenangnya, sebaliknya kebenaran...

Anifah Lawat Vietnam, Pengerusi Bersama JCM

PUTRAJAYA – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman melakukan lawatan rasmi ke Vietnam bermula hari ini hingga 28 Julai untuk mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-5 Kerjasama Ekonomi, Sains dan Teknologi antara Malaysia dan Vietnam bersama rakan sejawatan beliau dari Vietnam.

Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata lawatan itu atas jemputan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Vietnam Pham Binh Minh.

Menurut kenyataan itu, JCM berperanan penting dalam memupuk hubungan dua hala, khususnya berikutan pembentukan rangka tindakan Perkongsian Strategik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Vietnam ketika itu, Nguyen Tan Dung, pada 2015.

“Perkongsian Strategik menetapkan rangka kerja jelas bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta meliputi bidang seperti perdagangan dan pelaburan, kewangan, pertahanan dan keselamatan, pertanian, pendidikan, tenaga, belia dan sukan, aktiviti sosial, pelancongan dan pengangkutan,” katanya.

Wisma Putra berkata, pada mesyuarat itu, kedua-dua menteri dijangka mengkaji kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala serta berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang isu semasa serantau dan antarabangsa yang menimbulkan kebimbangan bersama.

Katanya, selepas mempengerusikan bersama JCM, Anifah dan rakan sejawatannya akan menandatangani Minit Dipersetujui, disusuli memberi taklimat kepada media.

Semasa lawatan itu, Anifah juga akan melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.

Wisma Putra berkata sejak terjalin hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vietnam 44 tahun lepas, hubungan dua hala antara kedua-dua negara meningkat dengan ketara.


“Ia boleh dianggap besar dan meluas , dengan kedua-dua negara mempunyai hubungan kerjasama yang kukuh dalam pelbagai sektor iaitu perdagangan dan pelaburan, pendidikan, keselamatan, pertahanan dan hubungan rakyat dengan rakyat,” katanya.

Dagangan antara Malaysia dan Vietnam meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun lepas, dengan jumlah dagangan dua hala  bernilai US$10.3 bilion pada 2016.

Berikutan termeterainya perjanjian untuk meningkatka serta menyediakan platform untuk Malaysia dan Vietnam membina hubungan lebih rapat, di samping memupuk persefahaman sedia ada ke arah menguan hubungan Malaysia-Vietnam ke tahap Perkongsian Strategik pada 2015, kedu-dua negara kini menuju ke arah mencapai dagangan dua hala berjumlah US$15 bilion menjelang 2020.

Pelaburan Vietnam di Malaysia pada 2016 berjumlah US$156 juta, meningkat 42.6 peratus daripada US$89.6 juta pada 2015.

Malaysia adalah penyumbang pelaburan langsung asing (FDI) ketujuh terbesar bagi Vietnam, dengan modal berdaftar berjumlah US$12.3 bilion pada 2016.

“Lawatan ini diharapkan akan mengukuhkan lagi hubungan dua halkuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara,” kata Wisma Putra. -BERNAMA

Kategori