Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

21 Feb Sebutan Kes...

KEMAMAN - Mahkamah Sesyen di sini Ahad menetapkan 21 Februari untuk sebutan kes...

Ujian Mendengar PT3 Boleh...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan memaklumkan sekolah yang terjejas akibat jerebu boleh menangguhkan...

3 Jenazah Mangsa Lemas...

HULU SELANGOR - Tiga daripada lima jenazah kanak-kanak yang ditemui mati lemas di...

Nelayan Terjejas Pencemaran Bauksit...

KUALA LUMPUR - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang memberi pampasan kepada...

Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Sehingga Selasa

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata angin kencang pada kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Sementara itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter juga dijangka berlaku dalam tempoh sama di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Labuan dan Sulu.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori