Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kendali Rumah Urut Tanpa...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga lelaki didenda RM1,600 atau tiga bulan penjara oleh...

Lapan Lelaki Berhimpun Sokong...

KUALA LUMPUR: Lapan lelaki yang berhimpun di hadapan pusat beli belah SOGO di...

Lelaki Warga Myanmar Maut...

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga Myanmar maut setelah kereta dipandunya terbabas di Kilometer...

73 Ladang Babi Beroperasi...

Kuala Lumpur : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesan 73 ladang babi beroperasi tanpa...

Anggota Tentera Tidak Mengaku Rogol Anak

ANGGOTA tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini, atas tuduhan merogol anaknya, pada April lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kinarut, pada 9 pagi, 7 April lalu.

Anggota tentera yang sudah berkhidmat hampir 20 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Dinesh Raja, manakala tertuduh diwakili Datuk Seri Rakbir Singh.

Hakim menetapkan jaminan RM10,000 dengan deposit penuh terhadap tertuduh.


Beliau juga memerintahkan tertuduh melapor diri setiap Jumaat di balai polis Kinarut dan melarangnya mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau penjaganya.

Mahkamah menetapkan 23 Julai depan untuk pengurusan kes, manakala perbicaraan pada 23 hingga 24 Oktober depan. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Kategori