Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

PAS Tak Gusar Ancaman...

KUALA LUMPUR - PAS tidak gusar dengan ancaman Gerakan Harapan Baru (GHB) yang...

Kaedah Pembelajaran B.Inggeris Baharu...

PUTRAJAYA - Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui dalam talian, Cambridge...

Muhyiddin Lancar Projek Naik...

BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan projek...

Clay Search Prevention for...

An excellent title sums up just what the essay is about. If you...

Anggota Tentera Terkena Letupan Di Sintok Stabil

ALOR SETAR – Seorang anggota tentera yang cedera pergelangan tangan kanan dan kirinya setelah terkena letupan ketika bertugas di Sintok semalam, sudah sedar dan kini berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, bagaimanapun bahagian pergelangan tangan kirinya tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan yang serius.

“Beliau telah menjalani pembedahan dikendalikan pakar Ortopedik di Hospital Sultanah Bahiyah mulai 11.30 malam semalam sehingga 3.30 pagi tadi.

“Penyambungan tangan kiri tidak dapat dijalankan kerana keadaan (pergelangan) tangan kiri yang teruk dan tidak dapat diselamatkan. Kecederaan pada lutut kanan telah dibuat pemeriksaan terperinci dan dijahit semula,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


Katanya pesakit juga sudah dibenarkan mengambil makanan dan minuman secara oval dan masih di bawah pemerhatian pakar Ortopedik.

Dalam kejadian 9.28 pagi semalam, Koperal Mohd Zulkifli Salleh, 32, dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Kangar, Perlis terkena letupan ketika bertugas di khemah penempatan anggota di Mukim Temin, Sintok. – BERNAMA

Kategori