Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Buat Laporan Polis...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat laporan polis berhubung isu tindakan seorang...

Ramai Belum Daftar: Kenapa...

KUALA LUMPUR - Penjelasan harus diberikan kepada anak-anak muda bagi membetulkan persepsi mereka...

JDT Kuasai Anugerah Bola...

PETALING JAYA - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menguasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan...

Rakyat Mexico Desak Kerajaan...

BANDARAYA MEXICO - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di jalan raya utama di sini...

Anggota Tentera Perlu Siap Siaga Hadapi Cabaran

PADANG BESAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah anggota tentera perlu bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalankan tugas.

Titah baginda, setiap anggota perlu membuat persiapan menyeluruh termasuk menjalani pelbagai latihan yang diperlukan bagi menghadapi sebarang operasi.

Menurut baginda, anggota yang menyandang jawatan tinggi merupakan ‘Subject Matter Expert’ (SME) dan perlu lebih menunjukkan komitmen dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

Tuanku Syed Faizuddin beritah pada majlis makan malam sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke-85 yang jatuh pada 1 Mac lepas di Dewan Wisma Perwira Kayangan, Kem Bukit Chowder, di sini malam tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Panglima Markas Briged ke-30 Infantri Malaysia, Brig Jen Hashim Aman Shah dan Ketua Staf Briged, Lt Kol Nazaruddin Ismail.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Ketri, Padang Besar bertitah kemantapan organisasi tentera bergantung kepada disiplin anggotanya dan sebab itu setiap anggota perlu profesional dalam melaksanakan tanggungjawab.


Pada petang sebelum itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan agihan zakat kepada 75 asnaf serta 27 anggota dan ahli keluarga serta veteran tentera di Kem Bukit Chowder.

Baginda yang disertai 85 anggota tentera dan pegawai MAIPs kemudian mengayuh basikal dalam program Kayuhan MAIPs Peduli kali ke-18 tahun ini sejauh 18 kilometer serta menyampaikan sumbangan kepada beberapa lagi asnaf. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori