Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRU14: BN Kedah Hormati...

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang...

Usul Insiden Penculikan Di...

KUALA LUMPUR - Usul mengenai insiden penculikan empat rakyat Malaysia oleh lanun bersenjata...

Anak Ghafar Baba Beri...

KUALA LUMPUR - Datuk Tamrin Abdul Ghafar yang juga anak sulung bekas Timbalan...

Petisyen Hadiah Nobel: “Saya...

PETALING JAYA – "Saya tidak begitu mulia”...itulah jawapan ringkas dan spontan daripada Perdana...

Anggota Sindiket Curi Kenderaan Ditahan

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki dipercayai anggota sindiket curi kenderaan ditahan polis di Jalan Bukit Teh, Machang Bubok di sini semalam, ketika sedang memandu sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dicurinya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis yang sedang menjalankan Op Pencegahan Jenayah di kawasan itu kira-kira 3 petang semalam, menahan kereta dipandu lelaki berusia 40 tahun terbabit.

“Lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan, kereta itu dilaporkan hilang di George Town baru-baru ini dan berdasarkan siasatan, suspek yang berasal dari Kulim, Kedah dipercayai baru mengambil kenderaan itu serta mahu menghantar kepada anggota sindiket curi kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai menjadikan sebuah rumah di kawasan Bukit Mertajam untuk menyimpan kenderaan yang mereka curi sebelum menukar nombor pendaftaran dan menjual kepada pembeli dengan harga murah.

Berikutan penahanan lelaki yang tidak bekerja itu, beliau berkata polis mengenal pasti beberapa lagi anggota sindiket curi kenderaan berkenaan dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Nik Ros Azhan berkata sindiket itu dipercayai beroperasi sejak awal tahun ini dan sasaran mereka adalah kenderaan baharu yang mendapat permintaan tinggi daripada pembeli.

“Lelaki yang mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu kini direman lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan lima lelaki berusia 30 hingga 54 tahun yang sedang leka menghisap dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Permatang Rawa, di sini kira-kira 1.45 pagi tadi.

Beliau berkata bertindak hasil maklumat awam dan risikan, polis menyerbu rumah milik seorang daripada lelaki yang ditahan itu dan turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine dan pelbagai peralatan menghisap dadah.

“Ujian air kencing mendapati lima lelaki tersebut positif dadah. Berdasarkan siasatan mereka menjadikan rumah itu sebagi ‘port’ untuk menghisap dadah sejak beberapa bulan lepas.

“Empat daripada lima lelaki itu juga mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah. Mereka kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori