Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelumba F1 Bandingkan Diri...

PELUMBA F1, Max Verstappen, telah membandingkan gaya pemanduan kasarnya dengan corak serangan yang...

KJ Terima Jemputan Khas...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, akan menghadiri Harvard Ministerial Leadership Programme di...

Rafizi Ramli Pula Diarah...

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menjadi indvidu ketiga diarahkan agar...

Pesawat Emirates Nahas Ketika...

DUBAI - Sebuah pesawat Emirates bersama 275 orang di dalamnya terbabit dalam nahas...

Anggota Polis Wajib Sertai Insurans Berkelompok

KUALA LUMPUR – Semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diwajibkan menyertai insurans berkelompok mulai tahun depan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polisi insurans berkenaan dilihat memberi manfaat kepada setiap pegawai dan anggota polis sekiranya sesuatu tidak diingini menimpa mereka.

Setakat ini hanya kira-kira 74,325 daripada lebih 120,000 anggota polis di seluruh negara menyertai insurans berkelompok.

“Ramai warga kita yang rugi, tidak mendapat pampasan bila sesuatu kecelakaan menimpa diri mereka. Jadi elok kita wajibkan semua mereka yang beruniform sertai insurans berkelompok ini.

“Insurans ini tidak membebankan yang mana hanya RM11 sebulan untuk satu unit dan ahli boleh mendapat manfaat melaluinya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-82 Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Khalid yang juga Yang Dipertua Koperasi (PDRM) Berhad turut mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2016 sebanyak 12 peratus iaitu 6.4 peratus atas modal yuran dan 5.6 peratus atas modal syer.


“Selepas jangka masa yang lama ini kadar dividen yang tinggi menunjukkan koperasi berada di landasan yang betul dan tepat,” katanya.

Beliau berkata rekod kewangan koperasi kekal menunjukkan angka positif bagi 2016 yang mana keuntungan selepas cukai berjumlah RM46.97 juta.

Selain itu, beliau berkata koperasi PDRM Berhad berjaya menduduki tangga ke-tujuh antara 100 koperasi terbaik di Malaysia untuk 2016 dengan peningkatan tiga anak tangga dari tangga ke-10 pada 2015 manakala di peringkat Wilayah Persekutuan, koperasi berkenaan menduduki tangga ke-lima. – BERNAMA

Kategori