Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bakti Tun Razak Terhadap...

KUALA LUMPUR - Terdapat pelbagai sebab orang memasuki arena politik.Namun, bagi Perdana Menteri...

Terima Hakikat, Jangan Susahkan...

MARANG - "Menang atau kalah, kena terima hakikat, jangan menyusahkan rakyat dan negara,"...

MAHB Menang Anugerah Pemasaran...

CEMERLANG... Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenangi Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 untuk...

Johor Ada Hak Untuk...

JOHOR BAHRU -Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa pandangannya mungkin...

Anggota Polis Maut Kereta Dipandu Terbabas

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran susur Istana Lama di sini, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Low Nyuk Chian, 54, dipercayai memandu kereta dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menuju ke rumahnya di Taman Miharja di Cheras.

“Apabila tiba di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sehingga melanggar tiang konkrit jejantas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan pada muka dan kaki serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Kategori