Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 3 Tahun Tertembak...

Oklahoma – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun telah tertembak ibunya secara tidak sengaja...

Masyarakat Orang Asli Digalak...

IPOH - Masyarakat Orang Asli digalak menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam kelapa sawit...

Sakinah Selamba Kongsi Gambar...

KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah sememangnya berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah...

3 Cedera Dalam Insiden...

PATTANI - Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera dalam insiden serangan...

Anggota Polis Cedera Dipukul Penunggang Motosikal

IPOH — Seorang koperal polis cedera akibat dipukul seorang
penunggang motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya di Jalan
Sultan Nazrin Shah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong (gambar) berkata, dalam kejadian kira-kira
pukul 9.30 malam itu, lelaki berkenaan bersama pemboncengnya, seorang remaja
perempuan berusia 16 tahun yang menaiki motosikal Honda Wave dari arah Bulatan
Sultan Yusuf dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

ACP Sum Chang Keong
ACP Sum Chang Keong

Beliau berkata, anggota polis itu dipukul pada bahagian tangan oleh lelaki
berusia 27 tahun itu.

“Suspek bertindak melompat daripada motosikalnya dan memukul anggota polis
itu dengan menggunakan helmet di bahagian kepala sambil memaki hamun dengan
mengeluarkan kata-kata kesat.

Suspek turut menendang beberapa kali anggota polis itu sebelum ditahan
dengan bantuan rakan setugas serta pengguna jalan raya,” kepada pemberita
selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai
Polis Pasir Puteh, di sini hari ini.

Sum berkata anggota polis itu mengalami bengkak di bahagian muka sebelah
kanan, luka ringan di kaki serta tangan dan dirawat sebagai pesakit luar di
Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.


Beliau berkata polis mengeluarkan saman ke atas penunggang terbabit kerana
tiada lesen memandu serta memasuki laluan yang bertentangan.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan
sengaja mendatangkan kecederaan terhadap penjawat awam dan Seksyen 14 Akta
Kesalahan Kesalahan Kecil 1955.–BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori