Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Peluang Bekerja Di Istana...

ISTANA Buckingham, London sedang mencari pembantu istana yang akan bekerja dengan Ratu Elizabeth...

KPM Akan Kongsi Angka...

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti laporan penuh dan akan berkongsi angka...

Tiada Kes Monkeypox Di...

KUALA LUMPUR – Tiada kes monkeypox dikesan atau dilaporkan berlaku di Malaysia, kata...

Lelaki Bina 11 Bonggol...

BESUT - Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11...

Anggota PGA Bawah Pengaruh Dadah Lepaskan Tembakan

KANGAR – Seorang koperal Pasukan Gerak Am (PGA) dipercayai di bawah pengaruh dadah melepaskan 100 das tembakan dengan rifel M16 dalam kejadian di Pos Keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Sabtu lepas.

Anggota PGA berumur 34 tahun itu bertugas dengan Batalion 1 berpangkalan di Kem Ulu Kinta, Perak hanya dapat diberkas oleh rakan-rakannya selepas peluru senjatapi tersebut habis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Perlis, Supt Azhar Muda koperal terbabit melepaskan tembakan rambang di lima lokasi antara jarak 800 meter dari Pos Keselamatan berkenaan yang bersempadan dengan Thailand.

Katanya, kejadian itu bermula pukul 4.15 petang apabila koperal tersebut menembak ke arah tembok sempadan namun rifel beliau dirampas oleh rakan-rakannya.

“Semasa rakan-rakannya sembahyang Asar, koperal terbabit mengambil sepucukrifel mereka dan menunggang motosikal sejauh 800 meter ke kebun getah untuk melepaskan tembakan dan kemudian ke lokasi ketiga, dia menembak tiang lampu sempadan,” kata Azhar pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya koperal itu kemudian ke kolam ikan di Jalan Stesen Keretapi kira-kira 400 meter dari pos keselamatan berkenaan dan mengacukan senjata kepada dua pemancing ikan sehingga mereka melarikan diri sebelum dia melepaskan beberapa das tembakan.

Beliau berkata setelah itu koperal terbabit berpatah balik ke lokasi kelima dan menembak bangunan Pos Keselamatan yang turut mengenai tiang bendera dan hanya dapat diberkas setelah kehabisan peluru.


“Semasa anggota itu melepaskan tembakan kira-kira 12 anggota PGA lain terpaksa menyorok agar tidak terkena tembakan,” kata Azhar yang menambah polis yang menyiasat kejadian itu menemui 73 kelongsong peluru di kawasan kejadian.

Azhar berkata ujian air kencing mendapati koperal tersebut positif syabu dan dia juga dipercayai mengambil minuman keras sebelum kejadian.

Katanya, koperal ditahan reman selama empat hari yang berakhir esok disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjatapi 1960.

Dalam kes lain, tiga lelaki berumur 21 hingga 29 tahun diberkas bersama sepucuk pistol separa automatik serta dua butir peluru hidup dan sepucuk pistol tiruan di sebuah rumah di Taman Bukit Kubu, Kuala Perlis pada malam Sabtu lepas.

Azhar berkata ketiga-tiga lelaki tempatan itu ditahan reman selama tujuh bermula Ahad lepas. – BERNAMA

Kategori