Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Muhammad V, Raja...

KUALA LUMPUR - Tempoh dua tahun memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad...

Rakaman Perbicaraan, Masanya Malaysia...

BARANGKALI inilah kali pertama dalam sejarah rakyat dapat menyaksikan satu prosiding perbicaraan di...

4,979 Kes Baharu Covid-19

PETALING JAYA - Sebanyak 4,979 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, berbanding...

Dibeli Hanya RM2.83 Untuk...

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun telah diupah untuk menjadi pengebom berani mati...

Anggota Parlimen Disaran Tanam Pokok

KUALA LUMPUR – Setiap anggota Parlimen disaran menanam satu pokok di sekitar bangunan Parlimen dalam usaha memperbanyakkan kawasan hijau dan memulihara alam sekitar.

Pengerusi Landskap Malaysia Tun Jeanne Abdullah berkata inisiatif berkenaan secara tidak langsung dapat mencantikkan lagi pemandangan di kawasan Parlimen selain menggalakkan anggota Parlimen berbakti kepada tanah.

“Inisiatif berkenaan boleh dilakukan oleh wakil rakyat seperti atlet-atlet Sukan SEA 2017 sekiranya memperoleh pingat nanti (mereka akan menanam pokok untuk setiap pingat emas).

“Masih banyak kawasan lapang di Parlimen, anggota Parlimen boleh ambil inisiatif tanam pokok,” katanya kepada pemberita selepas Program Penanaman Pokok Hutan Kita @ Parlimen sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-60 di sini hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa bagi memperkasakan kempen Inisiatif Hijau sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan (KL2017), sebatang pokok akan ditanam bagi setiap pingat emas yang dimenangi atlet kebangsaan pada temasya sukan berkenaan.

Ia merupakan program terbaru Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok’ bertujuan mengimbangi jumlah karbon yang dilepaskan sepanjang KL2017 berlangsung.

Mengulas mengenai program Hutan Kita @ Parlimen, Jeanne berkata sehingga kini sebanyak 60 pokok telah ditanam hasil usahasama antara Landskap Malaysia dan Parlimen yang bermula sejak 2013.


Katanya tujuan utama program tahunan itu diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan di samping memberi pendedahan kepada seluruh warga Parlimen berkenaan inisiatif hijau dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar.

“Hari ini kita telah tanam spesies pokok hutan iaitu Suregada Multiflora atau dikenali sebagai Merlimau,” katanya.

Sehingga kini sebanyak 74,000 batang pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies tempatan yang jarang ditemui dan terancam telah ditanam di seluruh negara sejak Landskap Malaysia ditubuhkan pada 2009.

Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat Landskap Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad. – BERNAMA

Kategori