Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tebusan Sydney: 3 Terbunuh...

SYDNEY - Dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh apabila polis...

Kereta Dipandu Laju, Guna...

JOHOR BAHRU - Seorang daripada mangsa yang cedera dalam tragedi di Jalan Lingkaran...

PN, BN Sengit Di...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Chin Yoke...

HLIB Saran ‘Beli’ TNB...

KUALA LUMPUR - Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) mencadangkan 'beli' Tenaga...

Anggota JPJ Disyaki Terbabit ‘Lesen Terbang’ Dicekup

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Johor menahan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor bagi membantu siasatan kes mengeluarkan lesen memandu tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Anggota berusia lingkungan 40-an itu ditahan SPRM Pulau Pinang semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Johor Bahru, dekat sini pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga Selasa minggu depan dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Johor Bahru, Mohammad Salehudin Abd Sani.

Suspek ditahan SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan dipercayai terbabit menerima rasuah membabitkan kes mengeluarkan lesen memandu yang tamat tempoh tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ini adalah kes pertama anggota JPJ ditahan di Johor berkaitan kes pengeluaran lesen yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan mengesyaki kira-kira 14,000 lesen terbang dikeluarkan sejak dua tahun lalu susulan pembongkaran sindiket pengeluaran lesen tanpa mengikut prosedur sah, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meminta mana-mana pemegang lesen terbang di negara ini tampil dan menyerahkan lesen mereka kepada Unit Integriti, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dalam tempoh sebulan bermula 12 September lalu.


Selepas tempoh itu, mana-mana pihak yang didapati memegang lesen memandu tanpa mengikut prosedur ditetapkan akan dipanggil temu siasat mengikut Seksyen 114, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 108 APJ 1987 iaitu hukuman minimum denda RM5,000 atau penjara atau kedua-dua sekali.

Sindiket itu dipercayai menggunakan modus operandi dengan memproses maklumat pemohon menggunakan Prosedur Penukaran Lesen Memandu Luar Negara sedangkan pemohon terbabit tidak pernah berkunjung atau bekerja di luar negara serta tidak memiliki lesen memandu di luar negara.

Lesen memandu luar negara yang sering digunakan sindiket ini untuk prosedur penukaran adalah dari China, Singapura, Brunei dan Jepun dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM3,500 bagi setiap lesen.

Susulan siasatan kes terbabit, setakat ini, Kementerian Pengangkutan sudah mengambil tindakan tahan kerja terhadap 12 pegawai dan anggota JPJ yang ditahan SPRM di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. – BH Online

Kategori