Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

8 Ditahan, Disyaki Memudaratkan...

KUALA LUMPUR - Lapan lelaki termasuk tujuh warga asing ditahan Bahagian Counter Terrorism...

Lapor DBKL Jika Ada...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tampil membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala...

PH Mahu Sidang Kedua...

Majlis Presiden Pakatan Harapan menuntut sidang khas kedua bagi meluluskan rang Undang-undang (RUU)...

Padah Ambil Kesempatan, Lelaki...

SEORANG lelaki yang dipercayai pelanggan di sebuah restauran di Rusia telah menerima padah...

Ancaman Bom Di Bursa Malaysia Ternyata Palsu

KUALA LUMPUR – Bangunan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) di Exchange Square di sini dikosongkan tengah hari tadi berikutan ancaman bom namun polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Urus niaga berjalan seperti biasa dan sesi tengah hari dimulakan pada 2.30 petang.

Dalam satu kenyataan, Bursa Malaysia berkata pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai ancaman itu dan sebagai langkah berjaga-jaga, semua penghuni termasuk staf di bangunan 15 tingkat itu diminta mengosongkan bangunan dan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) diaktifkan.

Bernama mendapati ramai orang termasuk staf di bangunan itu berada di luar bangunan dan polis mengawal ketat sehingga 50 meter dari bangunan berkenaan.

Menurut Datuk N Sivakumar, pemegang amanah kuil Kortumalai Sri Ganesar yang terletak hampir 300 meter dari bangunan Bursa Malaysia, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk mengosongkan bangunan kuil pada 1.45 tengah hari.

“Arahan mengosongkan bangunan dibuat berikutan ancaman bom di bangunan Bursa berkenaan,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi berkenaan.


Sehingga 3 petang, polis dilihat masih memeriksa bangunan tersebut dan semua staf masih belum dibenarkan mendekati bangunan itu.

Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori