Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Ketika Tonton...

FILEM terbaharu keluaran Marvel Studios, Avengers: Infinity War pasti membuatkan ramai yang menyaksikannya...

MH17: Persetujuan Najib-Putin Petanda...

BANGI - Persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Rusia...

Lebih Banyak ‘Baby Hatch’...

KUALA LUMPUR: Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan...

Rakyat Sarawak Di Semenanjung...

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Sarawak akan terus memastikan kebajikan rakyat negeri itu...

Anak Syarikat PUC Dapat Kelulusan BNM Lesen E-Wang

KUALA LUMPUR – Anak syarikat PUC Bhd, iaitu EPP Solution Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan e-pembayaran perniagaan, telah memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk lesen e-wang, yang akan diguna untuk pembangunan aplikasi mudah alih e-dagang baharunya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC, Cheong Chia Chou berkata, pihaknya gembira dengan kelulusan tersebut.

“Kami akan terus mengukuhkan keupayaan dan mengembangkan penawaran bagi manfaat perniagaan dan pengguna Malaysia.

“Seiring dengan usaha kami untuk mengembangkan perniagaan e-dagang dan kewangan berkaitan teknologi, kami teruja untuk memperkenal perkhidmatan e-pembayaran kami kepada pasaran tidak lama lagi,” kata Cheong.

PUC diperbadankan di Malaysia pada 3 November1997 oleh Founder Group dari China. Ia adalah syarikat berkaitan kerajaan China pertama yang disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd. – BERNAMA

Kategori