Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Termometer Pecah, Merkuri Tumpah...

TAIPING - Satu unit termometer pecah menyebabkan berlaku tumpahan merkuri di atas lantai...

Lebih Banyak Kerja Hasil...

KUALA LUMPUR – Kerjasama dan persefahaman yang amat baik antara kerajaan pusat dan...

Kes Libatkan Pelbagai Akta...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merekodkan sebanyak...

PM Terima Kunjungan Perpisahan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Anak Gajah Ditemukan Maut Di Bahu Jalan

IPOH – Seekor anak gajah berusia dua tahun ditemukan maut dan berlumuran darah di bahu jalan Lebuh Raya Gerik-Jeli, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Loo Kean Seong berkata, pegawainya menemui anak gajah itu sekitar pukul 7 pagi Jumaat.

“Kejadian seperti ini jarang berlaku, kami berharap para penunggang motosikal lebih berhati-hati melalui jalan ini.

“Kami telah mengeluarkan papan tanda sebagai amaran kepada pengguna jalan raya. Jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab terutamanya kepada yang memandu lewat malam atau awal pagi,” kata Loo.

Loo turut menggesa agar semua pengguna jalan raya di seluruh negara untuk menghubungi Perhilitan negeri sekiranya berdepan dengan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir dan harimau bintang.


“Hal ini memudahkan kami untuk membuat siasatan dan menanam bangkai haiwan itu daripada membiarkannya mereput di atas jalan,” tambah beliau. – The Star/mStar Online

Kategori